Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tiang tempat dipasang pintu (jendela dll): ~ dinding; ~ jendela; ~ pintu; 2. = jejenang, penjenang sl orang yg mengawasi sesuatu, mandur; 3. = jejenang sl pengapit, pembantu; 4. = jejenang sj pangkat kepala daerah (di bawah Batin); 5. = jejenang Mn orang yg mengatur dlm sesuatu jamuan, orang yg menjadi juara atau pelerai dlm upacara penyabungan ayam; menjenang, menjenangi mengawasi dan mengatur (pekerjaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jenang I

Puisi
 

Sayang engkodok bunga semanung,
     Buah padi di atas jenang;
Abang duduk apa direnung,
     Di dalam hati siapa dikenang?


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
split jambjenang pintu pisahKejuruteraanKejuruteraan BangunanJenang pintu yang dibentuk dalam dua bahagian yang saling mengunci yang perlu dipasangkan dari arah yang bertentangan dengan bukaan.
architravehias jenangKesenianSeni BinaBahagian paling bawah pada entablatur dalam seni bina Klasik. Bahagian ini mempunyai bentuk yang berbeza mengikut jenis tiang aturan klasik. Contohnya, hias jenang pada tiang aturan Tuscan hanya mempunyai bentuk permukaan yang rata dan mendatar, tanpa ukiran dan berbentuk segi empat. Lihat juga entablatur.
bondikatanKesenianSeni BinaCara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan.
lintelalang jenangKesenianSeni BinaStruktur yang berfungsi seperti rasuk yang dipasang secara melintang pada bahagian atas bukaan dinding untuk diletakkan tingkap atau pintu, atau bukaan dinding untuk laluan. Alang jenang berfungsi untuk menampan beban struktur yang berada di atas bukaan tersebut.
mullionjenang antaraKesenianTiadaTiada
jambjenangKesenianSeni BinaTiang yang terletak di bahagian tepi pintu atau tingkap bagi mengukuhkan kedudukan struktur berkenaan.
lintelalang jenang; ambangKesenianTiadaTiada
architrave jambjenang berhiasKesenianTiadaTiada
lintelalang jenang; ambangKesenianTiadaBahagian yang melintang pada bahagian atas pintu.
architravehias jenangKejuruteraanKejuruteraan BangunanHiasan yang mempunyai ukiran tertentu yang ditempatkan di bawah tiang atau pada kerangka pintu dan tingkap biasanya melambangkan ciri-ciri kedaerahan.
123

Kembali ke atas