Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.dé.la] | جنديلا

Definisi : (jendéla) tingkap; ~ langit tingkap magun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.dé.la] | جنديلا

Definisi : /jendéla/ tingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jendela
Rujuk :tingkap

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fanlightjendela cahayaKesenianHiasan DalamanBukaan separuh bulatan atau separuh bujur (seperti kipas) yang terdapat di atas pintu atau tingkap. Jendela cahaya biasanya terdapat pada rumah kediaman era Georgian dan Regency.
window of opportunityjendela peluangSains PolitikPolitik PerbandinganKesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting.
absorption windowjendela serapanSains KesihatanTiadaSerapan dadah yang hanya berlaku di tapak yang tertentu sahaja di gastrousus.
therapeutic windowjendela terapeutikSains KesihatanTiadaJulat keselamatan dan keberkesanan ubat dalam badan.
fenestrationseni peningkapanKesenianHiasan DalamanKaedah yang digunakan untuk mengisi bukaan pada permukaan bangunan, seperti tingkap, pintu, jendela langit atau dinding tirai. Seni peningkapan direka bentuk untuk membenarkan cahaya, udara atau menjadi laluan bagi kenderaan dan manusia.

Kembali ke atas