Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin, pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~ pembajak jentera utk membajak; 4. kese­luruhan sistem yg meliputi tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP dan ~nya ter­masuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan MABBIM; ~ parti berjalan lancar; berjentera 1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar; kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1 alat yg bahagian-bahagiannya bergerak bersama-sama dan drpdnya kita memperoleh tenaga atau daya; mesin; pesawat: ~ pembajak. 2 roda utk memintal benang; roda pd kincir. 3 keseluruhan sistem yg meliputi tenaga manusia, alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb yg terlibat dlm usaha utk menjalankan atau melaksanakan sesuatu: Segala usaha DBP dan ~nya dipadukan agar semuanya berjalan lancar. ~ kerajaan pasukan petugas, organisasi dll serta segala kelengkapan milik kerajaan yg bertujuan utk melicinkan pentadbiran kerajaan. berjentera 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jentera (kata nama)
Bersinonim dengan mesin, pesawat, enjin, motor, komputer, penjana, alat, perkakas, radar, robot.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
backhoe loaderjentera korek kautKejuruteraanTiadaJentera yang dipasang dengan pengaut di depan dan pengorek di belakang.
wheel loaderjentera angkut berodaKejuruteraanTiadaJentera berat yang digunakan untuk mencedok dan mengangkut serpihan, kerikil, tanah dan sebagainya.
agricultural machinery insuranceinsurans jentera pertanianinsuransTiadaPolisi yang memberi perlindungan kepada jentera yang digunakan dalam bidang pertanian.
machinery clausefasal jenterainsuransTiadaFasal dalam kontrak insurans yang memperuntukkan jika kerugian ke atas jentera yang mengandungi beberapa bahagian rosak, insurer akan bertanggungjawab setakat nilai bahagian yang diinsuranskan sahaja.
voting machinejentera mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganTeknik yang digunakan oleh badan pengendali pilihan raya supaya pilihan raya berlangsung dengan licin dan sistematik. Teknik ini digunakan bermula daripada peringkat pendaftaran pemilih sehingga ke peringkat penjumlahan undi serta pengisytiharan kemenangan dalam sesuatu pilihan raya. Prosedur yang ditetapkan dalam jentera ini seperti senarai pengundi yang terkini, proses penyemakan yang rapi dan pengiraan yang telus serta sentiasa dikemas kini bagi memastikan perjalanan pilihan raya menjadi cekap, bersih dan lancar.
machine politicspolitik jenteraSains PolitikPolitik PerbandinganPengurusan sesuatu parti atau organisasi yang tidak telus dan menjadi personal dengan kemunculan pemimpin tertentu yang menguasainya secara peribadi seperti seorang penaung. Pengurusan politik ini melibatkan aktiviti kebajikan dan bersifat responsif terhadap kehendak ahli. Politik ini sangat tertumpu kepada kuasa ketua yang bersifat suka mengarah dan tidak mengambil kira persoalan tanggungjawab, kecekapan, semak dan imbang serta ketelusan pengurusan. Walaupun begitu, sebahagian daripada tumpuan parti bertujuan membantu orang yang mengalami kesusahan. Contohnya, pengurusan Parti Demokrat New York yang lebih dikenali sebagai Tammany Hall pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan amalan politik jentera.
chargemanjurujaga; penjaga (jentera)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
chargemanjurujaga; penjaga (jentera)KejuruteraanTiadaTiada
plant roombilik jenteraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
machinery breakdown insuranceinsurans kerosakan jenterainsuransTiadalih. insurans dandang dan mesin.
123

Kembali ke atas