ash | ash | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras yang mudah dilenturkan, berwarna seakan-akan jerami dan mempunyai ira seperti kayu oak. Kayu ini banyak terdapat di negara yang mempunyai iklim suhu sederhana, seperti benua Eropah dan Amerika Utara. Kayu bermutu tinggi ini digunakan untuk menghasilkan perabot mewah atau dijadikan sebagai sebahagian daripada struktur bangunan. |
adobe | adob | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan binaan batu jemur yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan jerami, untuk menghasilkan blok atau bata. Bahan ini dihasilkan dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari dan banyak digunakan dalam kerja pembinaan di Sepanyol, Afrika dan Amerika Latin. |
Axminster carpet | permaidani Axminster | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permaidani mewah dan bermutu tinggi, yang pembuatannya diasaskan sekitar tahun 1700 di Axminster, England. Pail diikat pada jerami yang keras atau gentian sintetik yang merentangi kelebaran permaidani. Pail terbentuk daripada yarn yang dipotong dan ditenun dengan gabungan warna corak flora atau geometri. |
broken rhyme | rima putus | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang dibentuk oleh penyair dengan memutuskan atau mematahkan sesuatu perkataan yang terletak di hujung baris sebuah puisi terutama puisi moden. Contohnya, puisi "Doa Orang Sengsara" karya Moechtrif Awang. i Di padang bagai ular kemarau melingkar jerami pun terbakar di laut bagai harimau gelombang mengaum ikan pun menggelepar di ladang bagai kucing hujan mencakar susu pun cair. |
identical rhyme | rima kembar | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk bukan sahaja daripada bunyi diftong dan bunyIg.abungan dua huruf vokalnya sama, malah juga bunyi konsonan yang mengikutnya sama. Walau bagaimanapun bunyi konsonan awalnya berbeza. Contohnya, dapat dilihat pada pantun empat kerat ini iaitu pada perkataan pauh dan sauh. Kelemunting di Tanjung Pauh, Kapa) sarat dimuat jerami; Ada untung digantung sauh, Kalau tidak laratlah kami. |