Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.re.bu] | جربو

Definisi : kabut yg bercampur debu yg terapung-apung di udara sehingga mengakibatkan pe­mandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor; berjerebu dipenuhi (diliputi) jerebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.re.bu] | جربو

Definisi : kabut yg disertai debu yg terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. berjerebu terdapat atau diliputi jerebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerebu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hazejerebuMeteorologiMeteorologi PerhubunganLitometeor seperti zarah-zarah debu atau garam halus yang tersebat di atmosfera. Zarah ini amat kecil sehingga tidak dapat dirasai atau dilihat dengan mata kasar, tetapi mengurangkan ketampakan mendatar dan mengakibatkan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu banyak terbentuk kerana banyaknya nukleus pemeluwapan yang mungkin membesar, disebabkan beberapa faktor, dan seterusnya menjadi kabus, kabut atau awan. Kadangkala, perbezaan dibuat antara jerebu kering dan jerebu lembap, terutamanya berdasarkan perbezaan kesan optik yang dihasilakan oleh zarah yang lebih kecil (jerebu kering) dan zareah yang lebih besar (jerebu basah) yang berkembang melalui pemeluwapan perlahan daripada zarah jerebu higroskopik.
haze horizonufuk jerebuSainsHidrometeorologiBahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh pembalikan suhu aras rendah dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dan berlatarbelakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu.
haze horizonufuk jerebuMeteorologiMeteorologi PerhubunganBahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh songsangan suhu aras rendah, dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dengan berlatar belakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu.
hazejerebuSainsHidrometeorologiZarah debu atau garam halus yang tersebar menerusi sebahagian atmosfera, iaitu sejenis litometeor. Zarah ini begitu kecil sehingga ia tidak dapat dirasai atau dilihat secara satu-satu dengan mata kasar, tetapi zarah ini mengurangkan ketampakan mendatar dan mengakibatkan atmosfera kelihatan pendar baiduri cirian yang meluntur semua warna. Banyak bentuk jerubu terhasil akibat terdapatnya banyak nukleus pemeluwapan yang mungkin membesar, disebabkan beberapa faktor, dan menjadi kebus, kabut atau awan. Kadang kala, perbezaan dibuat antara jerebu kering dan jerebu lembap, terutamanya berdasarkan perbezaan kesan optik yang dihasilkan oleh zarah yang lebih kecil (jerebu kering) dan zarah yang lebih besar (jerebu basah) yang berkembang melalui pemeluwapan perlahan daripada zarah jerebu higroskopik.
salt hazejerebu garamSainsHidrometeorologiJerebu yang terjadi kerana adanya zarah halus garam laut di dalam udara, biasanya terbit daripada penyejatan semburan laut.
salt hazejerebu garamMeteorologiMeteorologi PerhubunganJerebu yang terjadi kerana adanya zarah halus garam di dalam udara, biasanya terhasil daripada penyejatan semburan laut.
haze horizonufuk jerebuGeologiTiadaBahagian atas lapisan jerebu yang dibatasi pembalikan suhu asas rendah dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dan berlatarbelakangkan langit.
hazejerebuFizikTiadaTiada
hazejerebuGeografiTiadaZarah debu, garam, asap, atau air yang halus yang tersebar menerusi sebahagian atmosfera dan mengurangkan ketampakan lapisan bawah atmosfera. (
hazejerebuGeologiTiadaZarah debu, garam, asap, atau air yang halus yang tersebar menerusi sebahagian atmosfera dan mengurangkan ketampakan lapisan bawah atmosfera. (
1234

Kembali ke atas