increased hazard | bahaya meningkat | insurans | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
mood | suasana hati | Kesusasteraan | Puisi | Perkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat. |
Josephson effect | kesan Josephson | Fizik | Nanoteknologi | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |
porosity test | uji poros | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaedah menentukan kadar keporosan lantai konkrit sebelum kerja memasang karpet dilaksanakan menggunakan perekat. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menuang secawan air pada permukaan lantai secara rambang. Sekiranya air meresap, ini menandakan lantai tersebut poros. Jika air masih berada di lantai atau pecah menjadi manik-manik air, menandakan lantai tersebut kalis serapan. |
flag | penanda | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Huruf-huruf khusus pada keputusan ujian makmal untuk mendapatkan perhatian pengamal perubatan terhadap keputusan ujian tersebut. Lazimnya, aras normal pada keputusan ujian makmal telah ditetapkan mengikut selang rujukan tertentu. Setiap keputusan yang tidak normal akan mengeluarkan penanda untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pengamal perubatan sekiranya perlu. Contohnya, jika keputusan ujian gula lebih tinggi daripada selang rujukan, penanda ‘H’ akan dipaparkan. |