Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah sendiri; tetangga. berjiran tinggal berhampiran dgn; bertetangga: Saya ~ dgn Cik Kamariah. Negara-negara yg ~ haruslah berbaik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beggar-thy-neighbour policydasar memapakan jiranEkonomiTiadaProgram bertujuan meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengenakan kuota atau tarif untuk menyekat import sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara lain. Negara yang menghadapi masalah pengangguran boleh menyekat import untuk meningkatkan permintaan terhadap keluaran dalam negeri dan seterusnya menambah peluang pekerjaan. Kesan tindakan tersebut ialah seolah-olah negara itu mengeksport pengangguran ke negara lain. Dasar ini sering diikuti oleh tindakan ketimbalbalikan oleh negara lain.
antiferromagnetismantiferomagnetismeFizikNanoteknologiSifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO).
long range ordertertib julat panjangFizikNanoteknologiSusunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek.
warm marketpasaran hangatEkonomiTiadaRangkaian bakal pelanggan yang pernah dihubungi atau mempunyai perhubungan sebelum ini seperti ahli keluarga, rakan sekerja, jiran dan sebagainya.
short range ordertertib julat pendekFizikNanoteknologiSusunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang.
vicarious victimizationpemangsaan tempiasKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa yang turut dirasai oleh orang terdekat mangsa seperti keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Contohnya, pembunuhan kejam seorang penduduk di sesebuah taman menyebabkan penduduk di taman tersebut menjadi trauma.
cellular automatonautomaton selularFizikNanoteknologiSistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan.
acceptorpenerimaFizikNanoteknologiUnsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik.

Kembali ke atas