matter | jirim | Mekanik | Gunaan | Sesuatu benda yang mengisi ruang pada sebarang masa tertentu dan boleh dicerap atau dikesan. Objek, bahan atau organisma terbentuk daripada jisim dan semua zat, sebatian dan unsur merupakan jirim. Jirim mempunyai struktur, dan jirim yang berlainan jenis mempunyai struktur yang berlainan. Semua jirim terbentuk daripada atom. Kuantiti jirim diukur berdasarkan jisim, isi padu atau jumlah zat. |
nanotechnologi | nanoteknologi | Pertanian | Agroteknologi | Cabang sains yang memberikan tumpuan pada jirim-jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10?9 meter). Salah satu aspek skala nano yang terpenting ialah semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan yang baru termasuk dalam bidang pertanian. Nanoteknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor pertanian, kerana boleh digunakan dalam produk pertanian untuk melindungi tumbuh-tumbuhan, memantau pertumbuhan tumbuhan dan mengesan penyakit pada tumbuhan. Contohnya, penciptaan baja organik dengan menggunakan teknologi nanosel yang dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman. |
heat of aggregation | haba agregat | Fizik | Haba | Haba yang dihasilkan apabila satu agregat jirim-jirim terbentuk pada tekanan malar. |
nonfibrous matter | jirim bukan gentian/jirim bukan serta | Kesenian | Tiada | Tiada |
dark matter | jirim gelap | Matematik | Tiada | Jirim yang mungkin mengandungi 90% jirim alam semesta atau lebih tetapi tidak dapat dikesan melainkan melalui kesan gravitinya. |
states of matter | keadaan jirim | Kimia | Tiada | Tiga bentuk fizikal jirim, iaitu pepejal, cecair atau gas. Keadaan jirim bergantung pada suhu dan tekanan. |
secondary treatment | olahan sekunder | Kejuruteraan | Tiada | Proses biologi untuk menyingkirkan jirim organik dan jirim terampai yang tidak tersingkir dalam olahan primer. |
matter | jirim | Kimia | Tiada | Bahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim terbahagi kepada pepejal, cecair, dan gas yang mempunyai bentuk yang berbeza. Kuantiti jirim bagi sesuatu bahan dapat disukat dari segi jisim, isi padu, tekanan atau bilangan molekul. |
degenerate matter | jirim rosot | Matematik | Tiada | Jirim yang amat tumpat yang terdiri daripada nukelus atom yang elektron orbitnya sudah terlucut, dan oleh sebab itu tidak lagi mempunyai sifat kimia yang biasa. Jirim ini hanya wujud dalam bintang cebul putih. |
attenuation | pengecilan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Pengecilan: Penurunan kuantiti sinaran akibat daripada saling tindak sinaran dengan jirim apabila sinaran melalui jirim. |