Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.sim] | جيسيم

Definisi : Ar 1. isi segala benda yg tidak bernyawa; 2. (Fiz) kuantiti jirim dlm benda yg tidak bernyawa yg tidak tertakluk pd graviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.sim] | جيسيم

Definisi : kumpulan jirim yg tidak mempunyai bentuk tetap dan merupakan jumlah isi sesuatu benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jisim
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :jasad


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
variable mass flowaliran jisim berubahMekanikTiadaAliran jisim yang menimbulkan perubahan pada jisim sistem isi padu jisim. Kadar masukan jisim ke sistem berkenaan berbeza dengan kadar keluarannya dari sistem itu.
mass flowaliran jisimMekanikTiadaFenomena yang berlaku apabila sistem isi padu jirim mengalami aliran masuk dan aliran keluar jisim. Dinamik aliran jisim penting dalam pemerihalan jentera bendalir seperti turbin, pam, dan roket. Lihat juga aliran jisim berubah, aliran jisim mantap.
effective mass yieldhasil jisim berkesanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPeratusan nisbah jisim produk terhadap jumlah jisim bahan berbahaya yang terdapat dalam semua reaktan. Hasil jisim berkesan yang tinggi menggambarkan proses penghasilan produk tersebut lebih mesra alam. Hasil jisim berkesan boleh dijadikan sebagai salah satu sistem pengukuran piawai hijau.
mass spectroscopespektroskop jisimKimiaKimia AnalisisNama umum bagi alatan spektrograf jisim dan spektrometer jisim.
mass analyzerpenganalisis jisimFizikNanoteknologiSpektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian.
stoichiometric rationisbah stoikiometriKejuruteraan AutomotifEnjinNombor yang mewakili nisbah jisim udara dengan jisim bahan api. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1. Sinonim campuran stoikiometri.
reaction mass efficiencykecekapan jisim tindak balasTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah pengukuran kecekapan apabila jisim reaktan yang bertindak balas bertukar kepada produk yang ditentukan. Kecekapan jisim tindak balas biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan dan merupakan metrik pengukuran tahap kehijauan sesuatu proses atau sintesis.
E-factorfaktor ETeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauIndeks metrik kimia hijau untuk mengukur nisbah jisim sisa bagi setiap jisim produk. Faktor E dikenali juga sebagai faktor persekitaran.
law of accelerationhukum pecutanSains SukanBiomekanikHukum Newton Kedua yang berkaitan dengan pergerakan. Hukum ini menyatakan bahawa pecutan berkadar terus dengan daya dan berkadar songsang dengan jisim. Perkaitan antara pecutan jisim dan daya dinyatakan sebagai: F = ma atau F = mg iaitu, F = daya, m = jisim, a = pecutan, g = pecutan graviti
mass spectrometryspektrometri jisimHerbaTiadaKaedah pemusnahan yang digunakan untuk menganalisis struktur suatu molekul yang dibedil oleh elektron atau proton bertenaga tinggi dan menghasilkan fragmen bercas yang spektrumnya dapat dianalisis melalui perbezaan jisim. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum jisim suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
12345678

Kembali ke atas