Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar). b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiwa (kata nama)
1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup,
Berantonim dengan zahir

3. Rujuk kasih kekasih

Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan,

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cri de coeurrintihan jiwaKesusasteraanPuisiGambaran perasaan sedih, kecewa, kesal dan lain-lain yang menimpa diri seseorang. Contoh puisi yang mengandungi perasaan rintihan jiwa dapat dilihat pada puisi "Gadis di Kuburan" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang.
psychotherapypsikoterapiPerubatanPsikiatriRawatan sakit jiwa atau gangguan mental menggunakan kaedah psikologi.
catharsis/katharsisjelira seniKesusasteraanPuisiPembersihan atau kelegaan emosi setelah mengalami ketegangan dan pertentangan jiwa yang hebat kesan daripada membaca sesebuah puisi. Sinonim katarsis.
morality playlakon moralitiKesusasteraanTiadaDrama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500).
stylegayaKesusasteraanPuisiCara mengungkapkan atau menyuarakan perasaan dan pemikiran melalui bahasa yang khas untuk memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis .
antidepressantantidepresanFarmasiTiadaAgen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung.
persiflagekata sendaKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.
abecedarianabecedarianKesusasteraanTiadaHuruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak �Menunggu Waktu� karya Arbak Othman (2017)
apostrophealih seruKesusasteraanPuisiGaya pengalihan gagasan, maksud atau amanat daripada wujud kepada yang tidak wujud atau sebaliknya. Contohnya, Wahai roh-roh pejuang bangsa, Iringilah ketabahan jiwa kami.
zeugmazugmaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang menggunakan satu perkataan untuk menggabungkan dua idea atau perkara yang mempunyai erti yang berlainan. Contoh: Api kebakaran itu menjilat bangunan dan jiwa bangsa Malaysia.
123

Kembali ke atas