Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barang-barang yg dijual; dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jualan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sales taxcukai jualanEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap jualan barang dan perkhidmatan. Cukai ini berasaskan hasil jualan syarikat atau berasaskan perbelanjaan isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan kena cukai.
proportgional taxcukai berkadarEkonomiTiadaCukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut.
flash salejualan kilatPerniagaanTiadaAktiviti jualan yang menawarkan harga murah dalam tempoh masa yang singkat.
shocking salejualan gemparPerniagaanTiadaAktiviti jualan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga biasa.
excise dutyduti eksaisEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap pembelian sejenis atau sekumpulan barangan tertentu rokok, tembakau, atau minuman keras. Duti eksais berbeza daripada cukai jualan kerana cukai jualan dikenakan terhadap pembelian semua barang kecuali beberapa jenis yang dikecualikan. Sinonim cukai eksais.
knock out salejualan rentapPerniagaanTiadaStrategi jualan yang menawarkan pembelian terhadap sesuatu barang yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak pesaing.
daily sale reportlaporan jualan harianPelanconganTiadaMaklumat yang dikemukakan kepada pengurusan atasan berkaitan dengan jualan pada setiap hari.
possess for salepemilikan untuk jualanHerbaPeraturan dan PemasaranPerihal memiliki bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun sama ada untuk dijual atau dipamer untuk jualan. Penjual atau pembekal bahan ini mesti mempunyai lesen racun yang bersesuaian.
volume incentiveinsentif volumPelanconganTiadaKomisen tambahan yang ditawarkan oleh syarikat atau pengedar kepada wakil jualan sebagai ganjaran untuk meningkatkan jualan.
salejualanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas