carpet tiles | jubin karpet | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan karpet berbentuk segi empat berukuran kecil seperti jubin yang dilekatkan pada permukaan lantai secara kepingan 12 x 12 (300 mm x 300 mm) hingga 24 x 24(600 mm x 600 mm). Jubin karpet menjadi semakin digemari kerana reka bentuk tekstur permukaan dan warnanya memudahkan corak dibentuk. Antara kelebihan menggunakan jubin karpet dalah mudah diselenggara. |
azulejos | azulejos | Kesenian | Hiasan Dalaman | Jubin seramik berkilat dan berwarna yang digunakan pada bangunan di Sepanyol, Portugal dan Amerika Latin. Biasanya, azulejos dihiasi dengan warna yang terang, berbunga dan corak hiasan yang melampau. Di Portugal, jubin ini banyak digunakan di gereja, istana, rumah dan stesen kereta api. Azulejos merupakan elemen utama seni bina Portugis dan digunakan di dinding, lantai dan siling. Azulejos bukan sahaja digunakan sebagai unsur seni, tetapi juga sebagai unsur pengawal suhu di dalam rumah. |
tiles | jubin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan tanah liat bakar yang biasanya berbentuk segi empat untuk menutupi lantai, dinding, dan sebagainya. |
quarry tile | jubin kuari | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
glazed facing tile | jubin muka bergerlis | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cladding | pelapisan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan jubin, papan kayu atau bahan lain yang dipasang di bahagian luar bangunan atau sesuatu struktur yang tidak membawa beban yang berfungsi sebagai pelindung cuaca. Lapisan ini biasanya mempunyai nilai estetik. |
wall finished | kemasan dinding | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan yang digunakan untuk mencantikkan dinding, contohnya batu, jubin, logam, akrilik, cat, dan kertas dinding. |
dado | dado | Kesenian | Hiasan Dalaman | Garis sempadan di sekeliling bahagian bawah dinding yang berukuran 675 mm ke bawah. Dado biasanya dihasilkan daripada kayu, kepingan batu, jubin, logam atau fabrik, dengan kemasan cat biasa atau cat kesan. |