front matter | bahan awalan | - | Tiada | Bahan sebelum teks utama seperti judul separa, judul penuh, senarai kandungan dan prakata. Sinonim prelim. Banding back matter. |
first edition | edisi pertama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. |
short-title system | sistem judul pendek | - | Tiada | Sistem rujukan silang dalam teks yang menyatakan judul pendek sesuatu sumber. |
half title page | halaman judul separa | - | Tiada | Halaman bercetak pertama bagi sesebuah buku yang mengandungi judul utama dan berada pada halaman kanan atau rekto. |
heading | kepala tajuk | - | Tiada | Judul bagi sesuatu perenggan, surat, siaran dan lain-lain. |
masthead | inulangan | - | Tiada | 1. Judul akhbar atau majalah yang dicetak di bahagian atas muka hadapan. 2. Senarai karyawan penting yang terlibat dalam penerbitan majalah atau surat khabar. |
index | indeks | Kesusasteraan | Puisi | Senarai judul puisi, antologi puisi, kumpulan puisi ataupun nama tokoh, pengarang, institusi dan lain-lain. |
reprint | cetak semula | - | Tiada | Ulang cetak sesuatu judul buku apabila naskhah cetakan sebelumnya kehabisan stok. |
e-ISBN | e-ISBN | - | Tiada | Nombor pengenalan unik untuk judul buku versi elektronik. |
check mark | tandaan (P.JAS) | Perpustakaan | Tiada | Satu penandaan dengan pensel pada halaman judul buku oleh pangkatalog sebagai panduan kepada pembantunya atau jurutaip untuk tujuan menyisihkan butiran di dalam entri. |