permanent disability | hilang upaya kekal | insurans | Tiada | Keadaan yang menyebabkan pihak tercedera mengalami hilang upaya kekal keseluruhan dan lumpuh keseluruhan atau terlantar sehingga tidak boleh bekerja dalam apa-apa juga pekerjaan. Istilah ini juga digunakan untuk kehilangan anggota badan seperti kaki, tangan, mata dan lain-lain. |
de Broglie theory | teori de Broglie | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum. |
angular impulse | impuls bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Hasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut. |
metacognition | metakognisi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang, memantau, menilai pencapaian dan membuat perubahan oleh pelajar terhadap kelakuan atau tingkah laku pembelajaran mereka sendiri. Pada masa yang sama, seseorang itu bertindak sebagai pelajar dan juga pemikir. Metakognisi juga merujuk kepada perihalan pemikiran mengenai pemikiran sendiri. |
economic man | manusia ekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang bertindak dalam apa juga aspek kehidupannya untuk kepentingan peribadi. Sifat ini boleh dilihat sebagai mementingkan diri dan ada juga yang melihatnya sebagai manusia yang rasional. Ia akan memikirkan segala keputusan atau tindakannya yang hanya membawa faedah kepadanya dan tidak langsung memikirkan kepentingan orang lain atau masyarakat. Dalam konteks politik, individu ini akan hanya membuat keputusan politik yang boleh memberi manfaat kepadanya sama ada dalam pengundian pilihan raya, pemilihan menganggotai parti dan menyokong atau menolak sesuatu dasar. |
government | kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan, agensi atau jentera bagi unit politik dalam sesebuah negara yang dikenali juga sebagai badan eksekutif. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan autoriti atau menjalankan tugas pentadbiran seperti yang diperincikan dalam perlembagaan negara tersebut. Badan ini juga merupakan antara bahagian utama dalam konsep pemisahan kuasa pemerintahan di samping legislatif dan kehakiman. Kerajaan biasanya dianggotai oleh pemimpin yang telah memenangi pilihan raya dan melaksanakan dasar yang telah digubal oleh dewan perundangan. Badan ini bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan serta menentukan dasar yang boleh membawa kepada pembangunan negara. Kerajaan ini boleh berubah sekiranya kumpulan atau parti yang memerintah tewas kepada parti lain dalam pilihan raya. Lihat juga pemerintah. |
lump-sum tax | cukai sekaligus | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan tanpa dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi. Cukai ini juga tidak mempunyai asas percukaian yang umum. Misalnya, cukai kepala. Lihat juga cukai kepala. |
deceleration | lambatan | Sains Sukan | Biomekanik | Kadar perubahan halaju yang bersifat negatif kerana nilai halaju akhir lebih rendah daripada nilai halaju awal. Lambatan juga dikenali sebagai pecutan yang bersifat negatif. Lihat juga pecutan. |
slate | batu loh | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan batu yang mempunyai bentuk dan warna semula jadi yang pelbagai untuk kegunaan kemasan lantai, dinding dan bumbung. Kepingan batu ini juga digunakan sebagai kemasan perabot. Juga dikenali sebagai sabak. |
subtext | subteks | Kesusasteraan | Tiada | Jargon dalam dunia teater bagi sesuatu yang tidak diperkatakan dalam teater tersebut. Subteks dibayangkan sebagai aksi senyap dan diam para pelakon semasa pementasan. Subteks juga boleh diaplikasikan kepada bentuk plot dan corak imejan. Lihat juga jargon. |