Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ju.kan]/[ju.ju/.kan] | جوجوقن

Definisi : urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan sekumpulan ~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan operasi kom­puter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ju.kan]/[ju.ju/.kan] | جوجوقن

Definisi : susunan atau kejadian yg berturut-turut; rentetan: Perisian ialah sekumpulan ~ arahan yg akan melaksanakan operasi komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jujukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
global sequence alignmentpenjajaran jujukan menyeluruhBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah susun atur yang optimum secara menyeluruh ke atas keseluruhan jujukan yang dikaji. Penjajaran jujukan menyeluruh ini sesuai diaplikasikan ke atas dua jujukan yang mempunyai panjang yang hampir sama dan komposisi jujukan yang hampir serupa.
pair-wise sequence alignmentpenjajaran jujukan berpasanganBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah menyusun jujukan DNA, RNA atau protein dengan pasangan jujukan dalam satu masa bagi mengenal pasti padanan nukleotida atau asid amino dalam sesuatu kawasan jujukan yang tertentu. Padanan ini membolehkan pentafsiran dibuat berdasarkan fungsi dan struktur dalam kalangan jujukan tersebut. Lihat juga penjajaran jujukan berbilang.
multiple sequence alignmentpenjajaran jujukan berbilangBioinformatikBioinformatik MolekulSatu kaedah menyusun jujukan DNA, RNA atau protein melebihi dua bilangan jujukan dalam satu masa bagi mengenal pasti padanan nukleotida atau asid amino dalam sesuatu kawasan jujukan yang tertentu. Padanan ini membolehkan pentafsiran dibuat berdasarkan fungsi, struktur dan hubungan evolusi dalam kalangan jujukan tersebut.
signature sequencejujukan tunjuk tandaBioinformatikBioinformatik MolekulJujukan DNA atau protein yang bersaiz antara 10 hingga 50 nukleotida atau asid amino yang mempunyai fungsi dan struktur tertentu. Jujukan tunjuk tanda ini terpelihara dan dikongsikan bersama-sama klad yang berjauhan pada nod pepohon filogenetik. Jujukan tunjuk tanda digunakan untuk mengenal pasti hubungan evolusi spesies dengan lebih berkesan.
de novo sequencingpenjujukan de novoBioinformatikBioinformatik MolekulPenjujukan genom baharu apabila tiada jujukan rujukan yang tersedia untuk penggabungjalinan genom. Setiap jujukan disusun membentuk jujukan yang lebih panjang (kontig).
sequence variationvariasi jujukanBioinformatikBioinformatik MolekulKepelbagaian jujukan yang berlaku disebabkan oleh perubahan dalam jujukan DNA, seperti polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) serta penambahan dan penyingkiran bes dalam genom.
probe sequencejujukan pengesanBioinformatikBioinformatik MolekulJujukan bebenang tunggal DNA atau RNA yang digunakan untuk mengesan segmen pelengkap di jujukan sasaran dalam satu sampel genom.
shotgun sequencingpenjujukan pecah selerakBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah menentukan jujukan DNA sesuatu genom organisma. Penjujukan pecah selerak melibatkan pembahagian genom kepada jujukan fragmen-fragmen DNA yang kecil. Perisian komputer tertentu menggunakan pertindihan jujukan DNA tersebut untuk menghasilkan semula jujukan yang betul seperti genom organisma asal.
sequence assemblypenggabungjalinan jujukanBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pembinaan semula jujukan asal DNA dengan penjajaran dan penggabungan fragmen DNA yang lebih pendek untuk membina semula jujukan asal.
simple sequence repeats (SSR)ulangan jujukan ringkas (SSR)BioinformatikBioinformatik MolekulJujukan DNA yang terdiri daripada ulangan dua hingga lima bes secara berturutan. Ulangan jujukan ringkas ini juga dikenali sebagai mikrosatelit DNA.
12345678910

Kembali ke atas