qard | hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad pemberian atau pembayaran wang atau harta milik pemiutang kepada penghutang mengikut perjanjian. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa qard boleh berlaku bagi semua jenis barangan sama ada jenis mithli seperti emas, perak dan makanan atau jenis qimi seperti produk perniagaan dan haiwan. Sinonim qard haqiqi. |
zakat mal mustafad | zakat hasil perkhidmatan | Perniagaan Islam | Tiada | Penaksiran zakat terhadap aktiviti perkhidmatan oleh individu atau syarikat. Jumhur ulama menetapkan bahawa zakat hasil perkhidmatan adalah wajib. Bagi individu, penaksiran dibuat berdasarkan nilai hasil yang diterima, sedangkan bagi syarikat, penaksiran dibuat berdasarkan zakat perniagaan. Sekiranya perkhidmatan guaman, kedoktoran atau perundingan ditawarkan melalui perniagaan berdaftar, maka sumber zakat dalam kes ini diperoleh daripada zakat gaji dan zakat perniagaan. |
bai‘ tasriyyah | jual beli tasriah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad menjual ternakan yang susunya tidak diperah selama beberapa hari. Sekiranya pembeli mengetahui hal tersebut, maka jumhur fuqaha, kecuali Mazhab Hanafi, memberikan hak khiyar kepada pembeli. |
pillars of pawning | rukun gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkara yang perlu dipenuhi dalam proses melakukan gadaian. Tanpa perkara tersebut, proses gadaian terbatal dari segi syarak. Mengikut jumhur ulama, rukun gadaian ini terdiri daripada orang yang beraqad, barang gadaian, hutang dan sighah gadaian. |
mudarib | pengusaha | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang menjalankan perniagaan dengan mendapat dana daripada pemodal. Pengusaha ialah pihak yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam perniagaan, perusahaan atau pelaburan. Jumhur kecuali mazhab Maliki, tidak membenarkan pemodal mencampuri urusan perniagaan. |
aqd bāṭil | akad batal | Perniagaan Islam | Tiada | Akad dalam urus niaga yang kekurangan salah satu rukun atau syaratnya. Contohnya, akad yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang gila. Mengikut jumhur fuqaha selain mazhab Hanafi, jual beli produk najis seperti babi dan arak adalah batil kerana barangan tersebut tidak bernilai menurut syarak. |
capital merger | percampuran modal | Ekonomi | Ekonomi Islam | Modal yang disatukan daripada pelbagai pihak yang berkongsi. Percampuran modal berlaku dalam dua bentuk, iaitu percampuran modal fizikal dan percampuran modal hukum. Jumhur ulama berpendapat bahawa penyatuan modal tidak menjadi syarat kepada pembentukan perkongsian tetapi terdapat sebahagian ulama daripada mazhab Syafii dan mazhab Zahiriyyah yang memerlukan syarat tersebut. |
pawned item ownership | pengehakmilikan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses mengambil barang gadaian sebagai hak milik. Pengambilan hak milik boleh dilakukan oleh pegadai apabila penggadai gagal melunaskan pinjamannya setelah tamat tempoh. Mengikut jumhur ulama, gadaian ini menjadi fasid sekiranya pengambilan hak milik ini dinyatakan dalam akad gadaian. Pengehakmilikan oleh pegadai hanya sah selepas tamat tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan dihantar kepada penggadai. |
seed sharing | perkongsian benih tanaman | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang membolehkan pemilik tanah dan pengusaha berkongsi menyediakan benih untuk tanaman. Kadar perkongsian penyediaan benih tanaman bergantung pada persetujuan kedua-dua belah pihak. Mengikut pendapat jumhur ulama, perkongsian benih tanaman dalam akad muzaraah tidak dibenarkan dan menyebabkan akad tidak sah, tetapi dianggap sah mengikut mazhab Maliki. |
aqd fāsid | akad fasid | Perniagaan Islam | Tiada | Akad dalam urus niaga yang diharuskan oleh syarak, tetapi wujud kekeliruan pada rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli sebuah daripada deretan rumah atau sebuah daripada himpunan kereta. Mengikut jumhur fuqaha, akad ini dianggap fasid sehingga diperjelaskan maklumat mengenai rumah atau kereta tersebut. |