Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marginal analysisanalisis sutEkonomiTiadaKaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal.
sum insuredjumlah diinsuranskaninsuransTiadaJumlah yang tercatat dalam polisi sebagai jumlah yang akan dibayar apabila berlaku peristiwa yang diinsuranskan bagi polisi berfaedah atau amaun maksimum liabiliti insured di bawah kontrak indemniti.
balanced budgetbelanjawan terimbangEkonomiTiadaBelanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya sama dengan jumlah perbelanjaannya bagi sesuatu jangka masa biasanya bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini merupakan suatu yang unggul dan menjadi asas kepada dasar fiskal yang teguh serta dapat mengekalkan kepercayaan perniagaan.
deficit budgetbelanjawan defisitEkonomiTiadaDasar belanjawan kerajaan yang jumlah perbelanjaannya melebihi jumlah hasil bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini berlaku apabila kerajaan mengurangkan cukai atau meningkatkan perbelanjaan, atau kedua-duanya sekali. Defisit tersebut biasanya dibiayai melalui pinjaman. Sinonim belanjawan kurangan.
surplus budgetbelanjawan lebihanEkonomiTiadaDasar belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal. Belanjawan ini mungkin dicapai dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali.
progressive taxcukai progresifEkonomiTiadaCukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif.
regressive taxcukai regresifEkonomiTiadaCukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin rendah apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Misalnya, golongan berpendapatan rendah membayar cukai jualan pada kadar yang sama seperti golongan berpendapatan tinggi apabila membeli sesuatu barang.
nuclear material accountingperakaunan bahan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorAktiviti untuk menentukan jumlah dan perubahan jumlah bahan nuklear yang terdapat di dalam kawasan yang ditetapkan dalam tempoh tertentu. Contoh aktiviti tersebut ialah penentuan kawasan perakaunan, penyimpanan rekod, pengukuran bahan nuklear, penyediaan dan penyerahan laporan perakaunan, dan pengesahan ketepatan maklumat.
standdirianPerhutananTiadaJumlah kayu balak yang terdapat di dalam suatu kawasan hutan dalam biasanya dinyatakan dalam isi padu per unit keluasan. Jumlah ini biasanya dijadikan panduan dalam operasi perancangan seperti membalak dan menentukan jumlah tebangan tahunan.
protein requirementkeperluan proteinPerikananAkuakulturJumlah protein yang diperlukan oleh sesuatu ternakan pada setiap hari untuk menjalankan proses pengeluaran seperti pertumbuhan dan juga untuk membaik pulih tisu yang rosak. Jumlah minimum yang diperlukan haruslah sama dengan jumlah protein endogen yang dikumuhkan melalui najis, urin dan peluh. Kebiasaannya, keperluan protein untuk ternakan muda lebih tinggi berbanding dengan ternakan dewasa. Sekiranya protein yang dibekalkan dalam makanan kurang daripada keperluan protein ikan, maka kadar tumbesaran yang optimum tidak dapat dicapai. Namun begitu, bekalan protein melebihi keperluan protein ikan peringkat tersebut akan menjadi pembaziran protein kerana tumbesaran berkadar terus dengan sumbangan protein dalam diet sehingga ke aras keperluan protein optimum sahaja. Selepas aras tersebut, penambahan kandungan protein tidak lagi dapat meningkatkan tumbesaran.
12345678910...

Kembali ke atas