Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.nam] | جونم

Definisi : ; menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik: se­konyong-konyong kapal terbang itu ~ meng­hala ke kapalnya; menjunamkan 1. melayangkan (mener­junkan) arah ke bawah atau menyerang ke bawah, menukikkan: juruterbang itu ~ kapal terbangnya ke arah kapal terbang musuh; 2. membenamkan: kalau puntung berbara dijunamkan ke dlm tabung berisi hidrogen, ia akan meletus menyala; terjunam menjunam dgn tidak sengaja: kapal terbang itu jatuh ~ ke dlm laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.nam] | جونم

Definisi : ; menjunam bergerak kepala dahulu menghala ke bawah; menukik: Tiba-tiba kapal terbang itu ~ ke sawah. menjunamkan melayangkan (menerjunkan) ke arah bawah atau menyerang ke bawah; menukikkan: Penerbang Jepun berani ~ kapal terbangnya ke arah kapal musuh sambil menggugurkan bom. terjunam jatuh kepala dahulu: Kapal terbang yg tertembak itu ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junam
Kata Terbitan : menjunam, menjunamkan, terjunam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downwellingjunam airSains MarinTiadaPergerakan air laut dari bahagian permukaan ke dasar laut yang berlaku disebabkan oleh proses yang berbeza. Kebiasaannya pergerakan air laut ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan air, seperti air sejuk atau air berkemasinan tinggi yang lebih tumpat berbanding dengan air panas atau air berkemasinan rendah. Junam air dapat berlaku di kawasan pertemuan arus lautan yang menolak air permukaan ke bawah seperti kawasan pusaran subkutub Atlantik Utara. Pergerakan angin juga boleh mendorong berlakunya junam air. Kawasan-kawasan junam air mempunyai produktiviti yang rendah kerana nutrien dalam turus air digunakan, tetapi tidak diganti oleh air kaya nutrien dari dasar laut. Junam air juga membolehkan ventilasi laut dalam berlaku kerana air permukaan membawa oksigen terlarut turun dari permukaan ke dasar lautan.
downwellingjunam airPerikananTiadaTiada
anticipatory stabilizationpenstabilan antisipasiSains SukanBiomekanikPenyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan.

Kembali ke atas