genome assembly | penggabungjalinan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan semula jujukan asal genom organisma. Fragmen-fragmen DNA yang terhasil melalui proses pemecahan genom disusun semula untuk menghasilkan kontig-kontig dengan menggunakan perisian komputer. Pertindihan kontig-kontig ini menghasilkan perancah yang mempunyai jurang di antaranya. Seterusnya, jujukan DNA sebenar pada jurang-jurang ini ditentukan menggunakan kaedah pemetaan optikal atau penjujukan DNA. |
reverse yield gap | jurang kadar hasil terbalik/ jurang kadar hasil songsang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
band gap | jurang jalur | Fizik | Nanoteknologi | Perbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor. |
energy gap | jurang tenaga | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Julat tenaga dalam sampel pepejal yang tidak mempunyai electron dan dikenali sebagai jurang jalur. |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |
Coulomb gap | jurang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Lihat penghalang Coulomb. |
diversification gap | jurang kepelbagaian | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
abyss | abis | Sains Marin | Tiada | 1. Jurang atau palung lautan yang sangat dalam biasanya melebihi 4000 m. 2. Ceruk dalam yang mengunjur di bawah lantai gua.Sinonim tubir. |
remittent fever | demam remiten | Kejururawatan | Tiada | Jurang perbezaan suhu badan yang ketara dalam tempoh 24 jam. Suhu badan ini lebih tinggi daripada suhu badan normal. |
pulse deficit | defisit nadi | Kejururawatan | Tiada | Jurang perbezaan antara nadi apeks yang lebih tinggi daripada nadi radius. |