Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jur.nal] | جورنل

Definisi : 1. terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau ming­guan; 3. buku catatan harian tentang pe­ristiwa-peristiwa yg berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jur.nal] | جورنل

Definisi : 1 buku akaun permulaan yg di dlmnya terdapat rekod segala perbelanjaan keluar masuk (jual beli) dr sehari ke sehari. 2 majalah (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurnal
Rujuk :majalah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
journaljurnalKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian aci yang berpusing dalam galas hidrodinamik. Bahagian ini boleh didapati pada kedua-dua aci engkol. Jurnal ini berfungsi untuk menyokong dan menanggung beban aci engkol serta komponen yang dipasang padanya termasuk rod penyambung dan omboh. Bahagian ini dilincirkan oleh sistem pelinciran enjin bagi melicinkan putaran enjin.
corresponding authorpengarang korespondenPendidikanTiadaIndividu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan.
antifriction bearinggalas antigeseranKejuruteraan AutomotifEnjinGalas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut.
journaljurnalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBatang logam yang licin pada aci, yang berputar di dalam galas.
back coverkulit belakang-TiadaBahagian belakang kulit bahan terbitan seperti buku, ensiklopedia, kamus, majalah dan jurnal. Banding front cover.
front coverkulit depan-TiadaBahagian depan kulit bahan terbitan seperti buku, ensiklopedia, kamus, majalah dan jurnal. Banding back cover.
guide sleevesarung panduKejuruteraan AutomotifEnjinSarung berbentuk tiub yang terletak pada bolt rod penyambung untuk mengelakkan jurnal aci engkol dicalarkan oleh bebenang bolt tersebut semasa rod penyambung dikeluarkan. Hos getah yang pendek biasanya boleh digunakan sebagai sarung pandu.
bar codekod jalur-TiadaJalur-jalur tegak berwarna gelap di dalam petak segi empat yang dicetak pada buku, majalah, jurnal dan bahan penerbitan yang lain untuk dibaca oleh mesin pengimbas bagi memberikan maklumat tentang bahan penerbitan tersebut.
publication policydasar penerbitanHerbaPeraturan dan PemasaranDasar yang menetapkan agar hasil kajian percubaan klinikal produk herba berdaftar diterbitkan dalam jurnal berwasit dalam tempoh yang munasabah setelah tamat ujian percubaan.
research octane numbernombor oktana penyelidikanKejuruteraan AutomotifEnjinSkala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON.
12

Kembali ke atas