Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jur.na.lis.me] | جورناليسمى

Definisi : pekerjaan mengumpulkan, me­nulis, dan menerbitkan berita dlm surat khabar, majalah, radio, dan televisyen, ke­war­tawanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurnalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).

Kembali ke atas