juvenilia | karya juvenil | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul �Upon the Death of Lord Hasting� (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul �Merungkai Deduksi� (1996) dan �Dilema� (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993). |
juvenile insurance | insurans juvenil | insurans | Tiada | Insurans hayat yang diunderait untuk melindungi hayat kanak-kanak. |
juvenile fish | ikan juvenil | Perikanan | Akuakultur | Peringkat awal perkembangan ikan yang meliputi peringkat telur, larva dan anak ikan. |
juvenile hormone | hormon juvenil | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
jumping juvenile policy | polisi loncatan juvenil | insurans | Tiada | Kontrak insurans hayat yang diunderait untuk melindungi hayat seorang kanak-kanak, biasanya dalam unit gandaan RM1000. Apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa, biasanya 21 tahun, nilai muka polisi tersebut akan dinaikan secara automatik tanpa dikenakan premium tambahan atau pemeriksaan kesihatan. |
artemia biomass | biojisim artemia | Perikanan | Akuakultur | Artemia dewasa yang diternak untuk dijadikan makanan ikan atau udang peringkat juvenil. |
trash fish | ikan baja | Perikanan | Akuakultur | Hasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan. |
Daphnia magna | Daphnia magna | Perikanan | Akuakultur | Sejenis zooplankton yang sangat halus dan dijadikan sebagai makanan untuk benih ikan pada peringkat asuhan juvenil. Saiz Daphnia magna lebih besar daripada moina, iaitu sekitar 800 – 5100 mikron. Daphnia magna kurang sesuai diberikan kepada rega atau benih ikan yang mempunyai saiz bukaan mulut kurang daripada 1000 mikron dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi terutamanya protein, iaitu sekitar 60% (berat kering). Apabila persekitaran tidak sesuai, Daphnia magna berupaya untuk membiak dengan sendiri dan menghasilkan telur sehingga 300 biji. |
teleplanic larvae | larva teleplanik | Sains Marin | Tiada | Larva pelagik yang mempunyai tempoh plankton yang panjang. Oleh itu, ia mempunyai kapasiti penyebaran yang luas sehingga berupaya merentasi lautan berbeza. Contohnya, larva sejenis siput laut, Fusitriton oregonensis yang mengambil masa selama 4-5 tahun sebelum bermetamorfosis menjadi juvenil. |