Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.zu/] | جزوء

Definisi : Ar bahagian; sejuzuk sebahagian; menjuzuki menjadi juzuk kpd sesuatu: alam fizikal dan alam sosial ~ keseluruhan fenomena tabii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.zu/] | جزوء

Definisi : 1 bahagian. 2 ist bahan atau zat yg membentuk sesuatu. sejuzuk sebahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juzuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active markerpenanda aktifHerbaTiadaJuzuk atau sekumpulan juzuk yang dipersetujui mempunyai aktiviti terapeutik dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai kualiti dan keberkesanan bahan mentah, sediaan atau produk sesuatu herba. Contohnya, eurikomanon dalam tongkat ali, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih.
analytical markerpenanda analitikalHerbaTiadaJuzuk atau sekumpulan juzuk yang digunakan sebagai bahan rujukan analisis untuk menilai kualiti bahan mentah, sediaan atau produk sesuatu herba. Contohnya, sinensetin dalam misai kucing dan triterpena dalam pegaga.
active ingredientkandungan aktifHerbaTiadaJuzuk aktif bahan atau sediaan ubat herba. Sekiranya juzuk berterapi diketahui, kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan sejumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan.
quantified herbal substancebahan herba terkuantitiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, bahan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40 - 48 mg jumlah glikosida fenolik yang diwakili salisin.
quantified herbal preparationsediaan herba terkuantitiHerbaTiadaSediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, sediaan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40-48 mg jumlah glikosida fenolik sebagai salisin.
standardised herbal substancebahan herba terpiawaiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk berterapi dalam had boleh diterima. Pemiawaian ini dicapai melalui pelarasan bahan herba dengan eksipien atau pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, kuantiti bahan herba dinyatakan dalam julat yang sepadan dengan kuantiti juzuk berterapi. Contohnya, 415 - 500 mg serbuk daun herba Sennae folium terpiawai mengandungi 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena yang dihitung berasaskan senosida B.
standardised herbal preparationsediaan herba terpiawaiHerbaTiadaSediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk berterapi dalam had boleh diterima. Pemiawaian ini dicapai melalui pelarasan sediaan herba dengan eksipien atau pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, kuantiti sediaan herba dinyatakan dalam julat yang sepadan dengan kuantiti juzuk berterapi. Contohnya, 415-500 mg serbuk daun herba Sennae folium terpiawai mengandungi 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena yang dihitung sebagai senosida B.
therapeutic constituentjuzuk berterapiHerbaTiadaBahan atau sekumpulan bahan kimia khusus yang menyumbang kepada aktiviti terapeutik suatu bahan, sediaan atau produk ubat-ubatan herba. Contohnya, sekumpulan bahan kimia flavonoid yang terdapat dalam herba misai kucing yang menghasilkan aktiviti antioksida.
species of constituentspesies juzukGeografiTiadaTiada
volumetric analysisanalisis volumetriKimiaTiadaAnalisis kuantitatif gas atau larutan berdasarkan ukuran isi padu. Analisis volumetri bagi gas bergantung pada perubahan isi padu dengan menggunakan sejenis alat yang disebut eudiometer; isi padu sesuatu juzuk campuran gas dapat dianalisis dengan menyerap juzuk tersebut secara berpilih dan seterusnya mengukur perbezaan isi padu yang berkurangan berbanding dengan isi padu asal campuran gas tersebut. Analisis volumetri bagi larutan dilakukan dengan menentukan isi padu larutan yang tidak diketahui yang bertindak balas dengan larutan piawai yang isi padunya diketahui.
123

Kembali ke atas