spray drying | pengeringan sembur | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah pengeringan makanan berbentuk cecair melalui pengabus sehingga menjadi kabus. Apabila kabus terdedah kepada udara yang panas, air akan tersejat dan menjadi serbuk halus. Contoh produk pengeringan sembur ialah susu tepung. |
waterfog | kabus air | Kejuruteraan | Tiada | Muncung kabus yang digantung di tempat yang tinggi untuk menyembur titisan air yang halus ketika kebakaran. |
Scotch mist | kabus Scotch | Sains | Hidrometeorologi | Gabungan kabus tebal (atau kabut) dan gerimis lebat yang selalunya berlaku di Scotland dan beberapa tempat di England. Di semenanjung Devon-Cornwall, fenomena yang sama disebut rebas. |
Scotch mist | kabus Scotch | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Gabungan kabus tebal atau kabut dengan gerimis lebat yang selalunya berlaku di Scotland dan di beberapa tempat di England. Disemenanjung Devon Cornwall, fenomena yang sama disebut rebas. |
mist extractor | penyari kabus | Kejuruteraan | Tiada | Peranti untuk membuang kabus hidrokarbon yang terpeluwap dari arus gas di dalam pemisah minyak dan gas. |
automatic fog gun | pistol kabus automatik | Pelayaran | Tiada | Pistol yang mengeluarkan isyarat secara ledakan bahan letupan pada sela waktu sekata apabila berlaku kabus. |
fog | kabus | Komunikasi | Tiada | 1. Kesan kerosakan pada gambar yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesilapan semasa proses mencuci filem. 2. Teknik untuk mewujudkan kesan visual seperti kabus, asap atau unsur yang misteri dalam siaran televisyen dan filem. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan kesan ini ialah dengan menggunakan ais kering atau menyapukan sejenis losen pada kanta kamera. |
mist | kabus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Titisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. |
mist | kabus | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan kekaburan atmosfera disebabkan oleh titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila kekaburan dan kebolehlihatan yang berkaitan adalah sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan nisbi yang berpadanan adalah kurang daripada 95 peratus. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. Lihat juga jerebu, kabut. |
mist | kabus | Fizik | Tiada | Tiada |