Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cu.kan]/[ka.cu/.kan] | کاچوقن

Definisi : 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuh­an); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cu.kan]/[ka.cu/.kan] | کاچوقن

Definisi : 1 sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2 hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacuk
Kata Terbitan : kacukan,
Rujuk :kacau;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
four-way crosskacukan empat halaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah kacukan betina kacukan (F1) dikacukkan dengan jantan kacukan yang terhasil daripada kacukan baka ketiga dan keempat. Kacukan empat hala ini akan mengeksploitasi heterosis. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam program pembiakan ayam komersial.
back crosskacukan balikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses mengacukkan semula haiwan kacukan (hibrid) dengan salah satu induk asalnya atau dengan haiwan yang mempunyai persamaan genetik dengan induknya. Kacukan balik ini bertujuan untuk mendapatkan anak yang mempunyai identiti genetik yang serupa dengan induknya. Contoh kacukan balik pada haiwan adalah seperti pengekalan warna hitam dan putih pada lembu baka Friesian.
breed crosskacukan bakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kacukan dua baka haiwan ternakan yang berbeza. Kacukan baka bertujuan untuk mendapatkan hasil yang mempamerkan ciri hebat (kadar tumbesaran yang baik dan pengeluaran susu yang banyak) daripada baka induk.
half-bredbaka setengah kacukanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan kacukan yang dihasilkan daripada pengawanan antara salah satu induknya yang merupakan baka tulen.
crossing overkacukan tindihPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu keadaan pertukaran gen antara kromatid daripada pasangan kromosom homolog. Kacukan tindih ini menyebabkan bahagian kromosom homolog saling bertukar seterusnya menghasilkan gen rekombinasi baharu pada kromosom yang sama.
criss crossing;kacukan silangPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pembiakan bersilang yang melibatkan dua baka sebagai induk. Haiwan betina daripada hasil pembiakan tersebut akan digunakan pula sebagai pengganti bagi induk betina untuk kacukan seterusnya. Generasi haiwan betina seterusnya akan dikacukkan dengan baka penjantan yang berlawanan.
hybridhibridPerikananAkuakulturIkan yang terhasil daripada pembiakan kacukan antara dua spesies yang berbeza. Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan kadar tumbesaran yang cepat. Contohnya ikan kerapu hibrid yang terhasil daripada kacukan antara ikan kerapu kertang dengan ikan kerapu harimau.
hybridizationpenghibridanKesusasteraanTiadaPerkataan yang mempunyai gabungan ciri-cirki pinjaman daripada bahasa atau pelbagai bahasa lain dari sudut leksikologi. Dalam kritikan sastera, penghibridan merujuk kepada gabungan ragam gaya bahasa (heteroglossia) dalam suatu pengucapan atau ayat oleh dua �suara� atau watak yang berlainan. Konsep ini diutarakan oleh M.M. Bakhtin. Dalam teori pascakolonial, penghibridan merujuk kepada kacukan budaya atau tradisi hasil daripada kewujudan masyarakat majmuk akibat proses kolonialisme. Dalam keadaan kacukan budaya ini, kacukan tradisi dan teknik penulisan penjajah dan peribumi dan budaya lain akan menghasilkan sesuatu yang baharu, segar dan dinamik. Walau bagaimanapun, kacukan ini dihantui pelbagai masalah berkaitan penerimaan, kebergantungan kepada tradisi yang lebih besar dan sebagainya. Penteori utama pascakolonial termasuklah Homi Bhabha, Wilson Harris dan Edward Said.
heterosisheterosisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAnak kacukan yang mempunyai satu atau lebih trait yang lebih baik daripada prestasi purata kedua-dua induknya.
inbreedingpembiakbakaan seturunanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kacukan antara individu yang mempunyai pertalian rapat seperti sepupu dan anak-induk. Pembiakbakaan seturunan akan meningkatkan jumlah individu yang homozigus resesif.
12

Kembali ke atas