Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kail-kail

Puisi
 

Tali kail panjang seratus,
     Saya nak mengail ikan parang;
Hendak meniti jambatan putus,
     Hendak menyeberang buaya garang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Umpan seumpan,
     kail sebentuk.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hook sizesaiz kailPerikananTiadaUkuran kail yang dipiawaikan berdasarkan jarak jurang di antara lengan kail dengan mata kail. Ukuran kail dibezakan dengan menggunakan nombor seperti nombor 1, 2, 3 dan sebagainya. Nombor kecil merujuk kepada jurang yang besar. Contohnya, mata kail dengan nombor 24 mempunyai jarak jurang 2 mm, manakala mata kail dengan nombor 2 mempunyai jarak jurang 10 mm.
barbruitPerikananTiadaCangkuk yang terdapat pada mata kail, panah atau serampang. Cangkuk berfungsi untuk memastikan mangsa tidak mudah terlepas apabila tersangkut pada mata kail. Mata kail mempunyai satu ruit sahaja, manakala panah dan serampang biasanya mempunyai lebih daripada satu ruit.
hook bendikatan mata kailPerikananTiadaIkatan yang dilakukan dengan mengikat tali kail pada mata kail.
hook lengthlengan kailPerikananTiadaPanjang mata kail yang diukur dari pangkal hingga ke hujung lengkuk. Mata kail dicirikan dengan nombor yang merujuk saiz tertentu.
running hook rigikatan kail bebasPerikananTiadaIkatan yang menggunakan tali perambut kail yang diikat pada gegelang kili. Dalam teknik ini, tali utama yang mempunyai pemberat di hujungnya akan melalui gegelang kili yang satu lagi untuk menghasilkan tali kail yang bebas bergerak. Teknik ikatan ini membolehkan mata kail bergerak secara bebas di dalam air. Lihat juga tali perambut, kili.
baited hookkail berumpanPerikananTiadaJoran yang mempunyai mata kail dan dipasang umpan. Pemberat biasanya diikat berhampiran mata kail tersebut bagi membolehkan umpan tenggelam di dalam air.
hair-rig floaterpelampung berangkaiPerikananTiadaPelampung yang berada di hujung tali utama, yang diikat pada mata kail bagi membolehkan mata kail terapung di permukaan air. Pelampung berangkai boleh terdiri daripada jenis umpan timbul dan tidak tenggelam.
gut-hookedtertelan kailPerikananTiadaKeadaan apabila ikan tertelan kail hingga ke dalam perut.
artery forcepspencabut kailPerikananTiadaAlat berbentuk kacip panjang yang digunakan untuk mengeluarkan kail dari mulut ikan. Penggunaan alat ini juga dapat mengelakkan jari pemancing daripada terkena gigitan ikan, terutamanya ikan bergigi panjang dan tajam seperti ikan kerapu, tenggiri dan ikan cermin. Sinonim kacip arteri.
dangleberjuntaiPerikananTiadaKeadaan umpan serangga yang bergantungan semasa tali kail dilontar merentasi arus sungai. Semasa umpan dilontar, tali kail akan tertarik ke arah hilir sungai. Pada ketika ini, pemancing perlu menyelaraskan joran ke arah hilir sungai. Situasi ini menyebabkan umpan yang berada pada tali pancing berjuntaian di permukaan air.
1234567

Kembali ke atas