reference | rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure. |
political linkage | hubung kait politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan sesuatu peristiwa, fenomena, kes atau perkara dengan politik. Sesuatu yang berlaku itu dilihat sama ada ia sepenuhnya bebas atau mempunyai unsur politik seperti konspirasi, agenda pemimpin, tokoh tertentu dan sesuatu kelompok. Hubung kait politik menjadikan sesuatu tindakan atau peristiwa itu berunsur politik. |
intertextuality | intertekstualiti | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu. |
bamboo bundle knitting | kait berkas buluh | Buluh | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menyirat bilah-bilah buluh agar bersambung untuk menghasilkan bidai, sekatan dan sebagainya. |
balance | imbangan | Kesusasteraan | Puisi | Perihal puisi yang berhubung kait dengan isi, struktur lihatan dan struktur dalaman. Contohnya, suatu isu yang menjadi pemikiran kepada seorang penyair itu akan dicerna dengan teliti, mengimbangkan diksi dan pembentukan frasa serta kalimat yang sesuai. |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |
thermal fluid | bendalir terma | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Hubung kait antara haba dan aliran bendalir dalam suatu sistem atau proses. Lihat juga thermal fluidic instability. |
thermal hydraulic | hidraulik terma | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Hubung kait antara haba dan aliran air dalam suatu sistem atau proses. Lihat juga thermal hydraulic instability. |
epic fiction | fiksyen epik | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang dicipta tanpa hubung kait dengan unsur mitos, legenda, kepercayaan atau sejarah silam sesuatu masyarakat. Fiksyen epik wujud pada zaman moden dan dihasilkan oleh pengarang moden. Pembentukan watak dan plot cerita merupakan hasil kreativiti pengarang yang memperoleh ilham daripada pengalaman sejarah yang sebenar. Salah satu karya fiksyen epik yang penting ialah War and Peace (1963 � 1869) karya Leo Tolstoy. Karya ini menceritakan kisah peperangan antara Rusia dengan Perancis. |
insurance of the person | insurans per orangan | insurans | Tiada | Insurans yang berhubung kait dengan anggota, kesihatan atau hayat seseorang. |