Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.jian] | کاجين

Definisi : 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.jian] | کاجين

Definisi : hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�.
palaegraphypaleografiKesusasteraanTiadaKajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya.
stylisticsstailistikaKesusasteraanTiadaKajian gaya penulisan dan ujaran yang menggunakan wacana dan konsep yang ditetapkan oleh disiplin ilmunya. Stailistika pada zaman moden merupakan perkembangan daripada kajian retorik dan pidato pada zaman sebelumnya. Minat terhadap kajian gaya penulisan ini meluas di Eropah pada awal abad ke-30, dan dipelopori di Britain dan U.S.A. pada tahun 1960-an. Stailistika berkait rapat dengan kritikan praktikal yang memusatkan kritikan kepada analisis teks. Kedua-dua kaedah ini berkongsi matlamat yang sama, iaitu meneliti ciri formal (bukan isi) bahasa yang digunakan. Apabila linguistik dimanfaatkan dalam kritikan sastera, bidang ini dikenali sebagai stailistika sastera. Sebaliknya, apabila kajian stailistika tidak berfokus pada kajian sastera tetapi pada penciptaan kaedah atau model untuk analisis bahasa, bidang itu dikenali sebagai stailistika linguistik.
environmental impact studykajian kesan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKajian secara mendalam terhadap pembangunan yang dicadangkan agar tidak memberikan kesan negatif kepada ciri semula jadi atau fungsi ekologi dan alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk memastikan reka bentuk dan konfigurasi pembangunan tidak memberikan kesan negatif dan mengenal pasti pelan tindakan yang bersesuaian dengan mengambil kira dasar yang berkaitan.
non-clinical studykajian bukan klinikalHerbaPeraturan dan PemasaranPeringkat penyelidikan dalam pembangunan sesuatu ubat sebelum ujian klinikal dimulakan. Kajian ini melibatkan penggunaan haiwan dan/atau sel atau tisu. Kajian bukan klinikal bertujuan untuk menentukan keselamatan ubat.
sociology of literaturesosiologi sasteraKesusasteraanTiadaKajian yang memfokuskan hubungan antara teks dengan konteks sosial. Kajian akan melahirkan teks tersebut, termasuklah pendidikan, khalayak, penerbitan, persembahan pentas kelas sosial, dan ideologi pengarang dan khalayaknya. Ahli sejarah Perancis, Hippolyte Taine sering dianggap sebagai pengasas sosiologi sastera. Beliau menekankan bahawa sesebuah teks boleh diperjelas menurut tiga faktor utama, iaitu ras, persekitaran, dan masa. Sosiologi sastera sering dikaitkan dengan pendekatan Marxis tentang kajian budaya. Contohnya, sebarang kajian sosiologi sastera terhadap novel Salina oleh A. Samad Said akan melibatkan tumpuan terhadap latar belakang penulis, zaman perang yang melatari novel tersebut, sejarah penerbitan yang menyebabkan novel ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, dan lain-lain.
aesthetic studykajian estetikHerbaPeraturan dan PemasaranKajian pasaran terhadap produk kosmetik untuk memastikan ciri estetik produk tersebut diterima baik oleh pelanggan. Di Malaysia, syarikat atau individu yang bertanggungjawab memperdagangkan produk kosmetik di pasaran boleh menghasilkan atau mengimport produk tersebut yang belum dinotifikasi untuk tujuan kajian estetik bagi mendapatkan kelulusan awal daripada Pengarah Perkhidmatan Farmasi.
nanotribologynanotribologiFizikNanoteknologiKajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM).
premature terminationpenamatan pramatangHerbaPeraturan dan PemasaranPemberhentian ujian klinikal sebelum kajian berakhir mengikut protokol yang ditetapkan. Penyelidik dan penaja kajian perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sebab-sebab kajian ditamatkan.
formal stability studieskajian kestabilan formalHerbaPeraturan dan PemasaranSiri ujian yang perlu dilakukan terhadap produk akhir herba yang disimpan dalam tempoh tertentu dan diuji mengikut kekerapan dan protokol yang ditetapkan. Kajian kestabilan formal bertujuan untuk menentukan kestabilan dan jangka hayat produk. Kajian ini terdiri daripada ujian kestabilan dipercepat dan jangka panjang yang dilakukan sekurang-kurangnya pada dua kelompok produk.
12345678910...

Kembali ke atas