Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.gra.fi] | کاليݢرافي

Definisi : 1. seni menulis dgn indah, seni khat; 2. tulisan tangan yg menghasilkan huruf atau tulisan yg indah sbg suatu seni, khat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.gra.fi] | کاليݢرافي

Definisi : 1 seni menulis dgn indah. 2 tulisan tangan yg menghasilkan huruf atau tulisan yg indah sbg suatu seni; khat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaligrafi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unsur kaligrafiunsur kaligrafiKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk huruf Arab, ayat al-Quran, tulisan Jawi dan sebagainya.
calligraphykaligrafiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSeni tulisan tangan yang indah, antaranya terdapat dalam tamadun Islam, Roman, Cina, Jepun dan Korea. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan. Kaligrafi Islam dikenali dengan seni khat. Pada zaman tradisi, penulisan kaligrafi Islam menggunakan pena yang mempunyai mata yang lebar dan serong (sama ada kayu atau buluh) dan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada kulit buah delima, buah manjakani dan beras. Seni khat Islam terbahagi kepada khat Thuluth, Kufi, Diwani, Nasakh dan al-Riqaah berdasarkan kepada bentuk tulisan. Di Alam Melayu, kaligrafi tradisi dapat dilihat pada surat-surat sultan, kitab-kitab agama dan hikayat Melayu. Batu Bersurat Terengganu (1303 M) dan Batu Bersurat Syeikh Ahmad Majnun (1464 M hingga 1467 M) menggunakan khat Kufi. Sinonim seni khat.
calligraphykaligrafiKesusasteraanTiadaSeni tulisan tangan yang indah atau seni khat.
calligraphykaligrafiKomunikasiTiadaTiada
calligraphykaligrafiGeografiTiadaTiada
calligraphykaligrafiKesenianTiadaSeni tulisan tangan yang indah atau seni khat.
calligrapherahli kaligrafiKesusasteraanTiadaSeseorang yang mahir dan mendalam dalam bidang tulisan tangan yang tinggi mutu seninya. Contoh: seni khat Arab, seni khat Jawi, seni khat Jawa dll.
calligraphyseni khat/kaligrafiKesusasteraanTiadaSeni tulisan tangan yang indah.
brush scriptskrip berusKesenianTiada1. Kaligrafi yang menggunakan berus. 2. Sejenis muka taip.
calligraphyseni khatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat kaligrafi.
12

Kembali ke atas