Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilik, ruang; ~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang­-barang berharga; ~ bicara bilik tempat ber­unding; ~ bola rumah tempat bersenang­-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur; sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau; mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kamar (kata nama)
Bersinonim dengan bilik, ruang, bilit.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cameracameraMuzikTiadaSejenis muzik kamar yang dikenali sebagai musica da camera pada Zaman Barok. Muzik jenis ini dipersembahkan dalam kamar. Musica da camera berbeza dengan musica da chiesa, iaitu muzik yang sesuai dipersembahkan di gereja. Lihat juga muzik kamar, sonata.
sandiwarasandiwaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan.

Kembali ke atas