ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
moisture content | kandungan lembapan | Herba | Tiada | Kandungan air dalam bahan herba yang diukur dengan kaedah susut pengeringan, pentitratan Karl Fischer, penyulingan dengan peralatan Dean-Stark atau analisis spektroskopi seperti resonans magnet nukleus dan inframerah. Nilai peratusan lembapan ditentukan daripada ungkapan 100a/b, iaitu a ialah kandungan air dan b ialah berat asal bahan herba. Kandungan lembapan merupakan ukuran kualiti bahan mentah atau sediaan herba. Secara umumnya, had piawai kandungan lembapan dalam bahan herba tidak melebihi 10%w/w. Lembapan yang melebihi had piawai akan meningkatkan risiko pertumbuhan mikrob dan kulat, atau kemungkinan berlakunya degradasi bahan fitokimia dalam bahan herba. Hal ini menjadikan bahan tersebut tidak berkualiti dan tidak selamat untuk digunakan. |
content chunking | pengetulan kandungan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi membahagi kandungan pembelajaran kepada butiran lengkap yang mudah diurus, difahami dan diingati. Dalam konteks e-pembelajaran, pengetulan kandungan boleh berbentuk video pendek, infografik, audio, animasi dan sebagainya. |
active ingredient | kandungan aktif | Herba | Tiada | Juzuk aktif bahan atau sediaan ubat herba. Sekiranya juzuk berterapi diketahui, kandungan aktif dipiawaikan berdasarkan sejumlah kandungan bahan aktif yang ditetapkan. |
herbal standardization | pemiawaian herba | Herba | Tiada | Kaedah yang menyelaraskan atau menyesuaikan bahan mentah dan sediaan herba kepada suatu kandungan atau kumpulan kandungan bahan yang mempunyai aktiviti terapeutik tertentu sama ada dengan penambahan eksipien atau pencampuran bahan mentah atau sediaan herba tertentu. Kaedah pemiawaian merangkumi analisis organoleptik, spektroskopi, kromatografi, assai dan lain-lain. Pemiawaian membolehkan penentuan secara tepat paras kandungan bahan kimia aktif atau bahan penanda bagi memastikan bahan mentah atau sediaan herba mempunyai kualiti yang konsisten. Contohnya, ekstrak misai kucing dipiawaikan mengandungi 0.02% sinensetin. |
quantitative composition | kandungan kuantitatif | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kandungan kekuatan bahan aktif produk yang dinyatakan dalam setiap unit dos, isi padu atau berat. |
contents rate | kadar kandungan | insurans | Tiada | Kadar insurans kebakaran untuk kandungan di dalam bangunan sahaja. |
content marketing | pemasaran kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Aktiviti memasarkan kandungan maklumat daripada penciptaan, penerbitan, dan perkongsian seperti video, blog, dan catatan media sosial yang disasarkan kepada pengguna secara dalam talian. |
content creation | penciptaan kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Proses menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutama dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian. |
crowd-source content | kandungan sumber khalayak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan kandungan untuk platform perkhidmatan seperti platform e-pembelajaran, e-beli belah, e-tempahan, blog dan sebagainya yang disumbangkan oleh orang ramai secara terbuka. Kaedah penyumberan khalayak ini lebih bermakna bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui platform yang disediakan. |