starch granule | granul kanji | Buluh | Tiada | Butiran kanji yang terdapat dalam sel parenkima yang menjadi sumber makanan tumbuhan. Butiran ini juga mungkin menjadi sumber makanan serangga perosak. Sinonim butiran kanji. |
starch grain | butiran kanji | Buluh | Tiada | Lihat granul kanji. |
polimers | polimer | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sebatian yang terbentuk secara semula jadi atau buatan. Contohnya, kanji dan polietilena yang terdiri daripada molekul kompleks, yang terbentuk daripada gabungan unit- unit kecil yang serupa. Polimer tiruan yang digunakan untuk fiber karpet ialah nilon-6,6 dan nilon-6 (poliamida), poliester, polipropilina dan poliakrilonitril (akrilik). Polimer biasanya disebut sebagai plastik atau resin. |
amylase | amilase | Kejururawatan | Tiada | Enzim yang terdapat dalam air liur dan jus pankreas. Ia memangkinkan penguraian kanji kepada glukosa, maltosa, dan dekstrin. |
ergastic cell | sel ergastik | Herba | Tiada | Sel khusus yang mengandungi pelbagai bahan simpanan makanan dan air yang terdapat dalam sel tumbuhan seperti butiran kanji, globul minyak dan lemak, kristal dan bendalir yang terdapat dalam sitoplasma, vakuol, dan dinding sel. |
bubble tea | teh mutiara | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Sejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding. |
bubble tea | teh mutiara | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Sejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding. |
water soaking method | kaedah rendaman air | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh dengan cara merendam buluh ke dalam air bertakung atau mengalir untuk membolehkan berlakunya larut lesap kanji, karbohidrat dan bahan larut air lain. Kaedah ini bertujuan meningkatkan ketahanan buluh terhadap agen perosak. |
nitrogen-free extract (NFE) | ekstrak bebas nitrogen (NFE) | Perikanan | Akuakultur | Bahagian bahan kering makanan tanpa kandungan abu, serabut kasar, ekstrak eter dan protein kasar. Komponen utama dalam bahan ini ialah kanji, gula terlarut dan hemiselulosa terlarut. Bahan ini merupakan sumber tenaga utama dalam makanan ternakan. |
fire treatment | rawatan api | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh secara tradisional dengan membakar buluh di atas api. Kaedah ini menyebabkan kulit luar buluh menjadi kering dengan cepat seiring dengan penguraian kanji dan gula. |