Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = air ~ air drpd nasi yg mendidih; 2. bubur nasi; 3. campuran air dan bahan pelekat (spt tepung sagu atau tepung ubi) utk menge­raskan pakaian, tajin; 4. (Bio) sj bahan yg terbina drpd unit-unit glukosa, dan banyak ter­simpan dlm tisu tumbuhan; ~ haiwan gli­kogen; ~ kayu sj kanji yg terdapat dlm kayu dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan utk pertumbuhan pokok; berkanji 1. ada kanjinya, mempunyai kanji: tepung gandum ialah makanan yg ~; 2. keras dgn kanji (bkn pakaian): berseluar bersih yg ~; menganji mengeraskan pakaian dll dgn kanji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanji I

Peribahasa

Air dalam karang menonggok,
     setanggi campur kemenyan,
gula tertumpah pada kanji.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil baik. menonggok = melonggok, menimbun.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
starch granulegranul kanjiBuluhTiadaButiran kanji yang terdapat dalam sel parenkima yang menjadi sumber makanan tumbuhan. Butiran ini juga mungkin menjadi sumber makanan serangga perosak. Sinonim butiran kanji.
starch grainbutiran kanjiBuluhTiadaLihat granul kanji.
polimerspolimerKesenianHiasan DalamanSebatian yang terbentuk secara semula jadi atau buatan. Contohnya, kanji dan polietilena yang terdiri daripada molekul kompleks, yang terbentuk daripada gabungan unit- unit kecil yang serupa. Polimer tiruan yang digunakan untuk fiber karpet ialah nilon-6,6 dan nilon-6 (poliamida), poliester, polipropilina dan poliakrilonitril (akrilik). Polimer biasanya disebut sebagai plastik atau resin.
amylaseamilaseKejururawatanTiadaEnzim yang terdapat dalam air liur dan jus pankreas. Ia memangkinkan penguraian kanji kepada glukosa, maltosa, dan dekstrin.
ergastic cellsel ergastikHerbaTiadaSel khusus yang mengandungi pelbagai bahan simpanan makanan dan air yang terdapat dalam sel tumbuhan seperti butiran kanji, globul minyak dan lemak, kristal dan bendalir yang terdapat dalam sitoplasma, vakuol, dan dinding sel.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
water soaking methodkaedah rendaman airBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan cara merendam buluh ke dalam air bertakung atau mengalir untuk membolehkan berlakunya larut lesap kanji, karbohidrat dan bahan larut air lain. Kaedah ini bertujuan meningkatkan ketahanan buluh terhadap agen perosak.
nitrogen-free extract (NFE)ekstrak bebas nitrogen (NFE)PerikananAkuakulturBahagian bahan kering makanan tanpa kandungan abu, serabut kasar, ekstrak eter dan protein kasar. Komponen utama dalam bahan ini ialah kanji, gula terlarut dan hemiselulosa terlarut. Bahan ini merupakan sumber tenaga utama dalam makanan ternakan.
fire treatmentrawatan apiBuluhTiadaKaedah mengawet buluh secara tradisional dengan membakar buluh di atas api. Kaedah ini menyebabkan kulit luar buluh menjadi kering dengan cepat seiring dengan penguraian kanji dan gula.
12

Kembali ke atas