Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.tung] | کانتوڠ

Definisi : 1. saku, kocek; 2. pundi-pundi, kam­pit: sebuah ~ kain tersangkut di bahunya; ~ kemaluan = ~ pelir pundi-pundi buah pelir; ~ nasi Jk perut besar; daerah ~ daerah yg menyisip di dlm daerah lain; berkantung mempunyai kantung (pundi-pundi); mengantungkan memasukkan ke dlm kan­tung (saku): dgn sehelai kertas kerja, satu jumlah yg besar bernilai beratus ribu sudah dapat dikantungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.tung] | کانتوڠ

Definisi : 1 kocek atau saku pd seluar, baju dll. 2 kampit tempat wang dll disimpan; pundi-pundi. 3 = ~ kemaluan (pelir) pundi-pundi buah pelir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kantung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi

2. Bersinonim dengan rahim: pundi-pundi peranakan.



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liposomeliposomFizikNanoteknologiKantung halus yang terdiri daripada dua lapisan lipid. Liposom dapat diisi dengan drug dan digunakan untuk memindahkan drug ke sel yang berpenyakit.
bursaebursaSains SukanBiomekanikKantung yang merembeskan cecair sinovial untuk mengurangkan geseran antara tisu lembut di sekitar sendi.
lung alveolialveoli paru-paruKejururawatanTiadaKantung udara di paru-paru tempat perfusi gas berlaku.
larvalarvaPerikananAkuakulturPeringkat selepas penetasan telur dan masih mempunyai kantung telur sebagai sumber makanan. Sinonim rega.
scrotumskrotumPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLapisan kulit di bahagian bawah abdomen haiwan jantan yang membentuk kantung untuk melindungi testis. Lokasi skrotum adalah di belakang zakar.
egg strippingpelurutan telurPerikananAkuakulturProses melurut bahagian abdomen ikan betina menggunakan jari bagi mengeluarkan telur yang telah matang daripada kantung pembiakan dan dicampurkan dengan sperma ikan sebagai tujuan pembiakan aruhan.
polyandrypoliandriPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor haiwan betina dipasangkan dengan banyak ekor haiwan jantan. Dalam poliandri, haiwan jantan akan menerima telur daripada haiwan betina dan menjaganya sehingga dilahirkan. Contohnya, kuda laut jantan akan menerima telur daripada kuda laut betina, mensenyawakan, melindungi dalam kantung, melahirkan dan menjaga anak.

Kembali ke atas