Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pi.la.ri] | کاڤيلاري

Definisi : (Bio) salur darah yg halus-halus (yg membentuk jaringan dlm tisu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.la.ri] | کاڤيلاري

Definisi : ist salur darah yg paling halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapilari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capillarykapilariKejururawatanTiadaSalur darah yang halus menghubungkan arteriol dan venul, dindingnya bertindak sebagai membran separa telap untuk pertukaran bahan-bahan antara darah dengan cecair tisu.
glomerulonephritisglomerulonefritisKejururawatanTiadaInflamasi pada lingkaran kapilari dalam glomerulus, sering kali menyusuli infeksi trek pernafasan atas oleh streptokokus.
erythemaeritemaKejururawatanTiadaKemerahan kulit yang tidak normal akibat pengembangan kapilari darah.
arteriolearteriolKejururawatanTiadaCabang kecil sesuatu arteri yang menghala ke kapilari.
gas chromatographykromatografi gasHerbaTiadaKaedah pemisahan dan pengukuran kuantitatif bahan kimia meruap dan separa meruap yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada bahan pepejal yang dipadatkan dalam turus atau kapilari. Fasa geraknya terdiri daripada bahan gas seperti helium, nitrogen atau hidrogen. Kromatografi gas digunakan dalam analisis kawalan kualiti sebahagian bahan herba, terutamanya yang mengandungi minyak pati dan minyak meruap. Lazimnya dalam analisis ini, larutan sampel herba disuntik ke dalam turus atau kapilari. Bahan kimia dalam ekstrak yang terpisah akan dikesan oleh alat pengesan seperti pengesan pengionan nyala (FID) dan menghasilkan profil kromatogram dalam bentuk puncak. Nilai masa penahanan (Rt) dan luas di bawah lengkung bagi setiap puncak yang terpisah ditentukan.
external respirationpernafasan eksternalKejururawatanTiadaPeringkat pernafasan yang membolehkan penyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida dari kapilari di alveoli paru-paru.
gas exchangepertukaran gasKejururawatanTiadaPenyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida yang berlaku antara alveoli paru-paru dengan kapilari di alveoli.
hypothermiahipotermiaKejururawatanTiadaPerihal suhu badan bercirikan penurunan suhu daripada tahap biasa, kulit sejuk, pucat, menggigil, kelambatan dalam mengisi kapilari, denyut jantung meningkat, tekanan darah tinggi serta ketegangan bulu roma.
Penetrant Testing (PT)ujian penembus (PT)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu kaedah pengujian tanpa musnah yang menggunakan prinsip kapilari dalam bahan bukan poros. Ujian penembus digunakan untuk melihat perubahan struktur atau mengesan kecacatan pada bahagian permukaan sahaja.
gas chromatography (GC)kromatografi gas (GC)HerbaPemiawaianKromatografi yang menggunakan gas sebagai fasa gerak seperti hidrogen, helium dan nitrogen. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Sampel minyak pati herba disuntik pada turus kapilari dan komponen kimia dalam minyak pati dapat dikenal pasti dengan menggunakan alat pengesan berasaskan pengionan nyalaan, kekonduksian terma, penangkap elektron atau pengionan foto. Sebagai contoh, kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti komponen minyak pati meruap dan separa meruap bagi serai wangi (Cymbopogon nardus).
12

Kembali ke atas