Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pi.ta.lis.me] | کاڤيتاليسمى

Definisi : sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan per­niagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.ta.lis.me] | کاڤيتاليسمى

Definisi : sistem ekonomi sesebuah negara yg membolehkan perdagangan dan perindustriannya dikuasai dan diurus oleh pemodal-pemodal sendiri (dgn memperhitungkan aspek-aspek persaingan, keuntungan, bekalan dan permintaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapitalisme (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perdagangan bebas, pasaran terbuka, penindasan, laissez-faire.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laissez faire capitalismkapitalisme laissez faireGeografiTiadaSistem kapitalisme yang mengamalkan kegiatan ekonomi bebas yang sangat bersaingan tanpa kawalan kerajaan.
state capitalismkapitalisme negaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara.
capitalismkapitalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi bebas yang membenarkan pemilikan modal dan persaingan tanpa sekatan. Dari segi penggunaannya, konsep ini menghuraikan satu fahaman yang merujuk kepada hak individu atau sesebuah kumpulan untuk menjual dan membeli sesuatu barangan sama ada buruh, tanah dan juga wang dalam pasaran bebas. Fahaman ini berasaskan kepada konsep pasaran bebas atau laissez-faire yang sangat bergantung kepada peraturan pasaran yang ditentukan oleh aktiviti-aktiviti pasaran itu sendiri seperti turun naik harga, spekulasi dan permintaan. Dalam sistem ini, pihak pemeritah hanya berperanan sebagai sebuah institusi yang menyediakan infrastruktur pasaran dan bertindak sebagai pengadil atau kuasa pengimbang sekiranya wujud pertelingkahan atau konflik di kalangan aktor-aktor pasaran. Konsep kapitalisme mula digunakan oleh seorang tokoh pemikir iaitu Thackeray (1854). Karl Marx (1818-1883) pula mentakrifkannya sebagai sistem pengeluaran kapitalis. Dari sudut sejarah, konsep ini mula berkembang dan mantap di Eropah di antara abad
capitalismkapitalismeGeografiTiadaTiada
capitalismkapitalismePentadbiranTiadaTiada
capitalismkapitalismeEkonomiTiadaTiada
capitalismkapitalismePerpustakaanTiadaTiada
capitalismkapitalismeSosiologiTiadaTiada
state capitalismkapitalisme negaraSains PolitikTiadaTiada
pure capitalismkapitalisme tulenPentadbiranTiadaKeputusan sesuatu ekonomi dibuat secara bebas mengikut permintaan dan penawaran pasaran.
123

Kembali ke atas