Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelongsong kecil (biasanya diperbuat drpd gelatin) yg berisi dos ubat: ia diberi oleh doktor beberapa butir ~ berwarna kuning; ditelannya tiga butir ~ minyak ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pembalut ubat yg dibuat drpd bahan spt agar-agar dan mudah larut apabila ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapsul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
articular capsulekapsul sendiSains SukanBiomekanikBahagian yang terbina daripada tisu penyambung yang mengelilingi sendi sinovial. Tisu penyambung melekat pada tulang di kedua-dua belah sendi. Lihat juga sendi sinovial.
herbal capsulkapsul herbaHerbaPemiawaianPembalut ekstrak herba yang menggunakan bahan gelatin daripada sumber sayuran atau haiwan.
capsular ligamentligamen kapsulVeterinarTiadaTiada
capsular ligamentligamen kapsulPerubatanTiadaSarung pada sendi sinobial yang terdiri daripada tisu berserat putih.
capsule wardrobebusana kapsulUmumTiadaKoleksi pakaian dan aksesori yang hanya merangkumi item yang dianggap asas atau penting.
antibody-conjugated silica nanoparticleantibodi berkonjugat nanozarah silikaFizikNanoteknologiAntibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit.
sealed sourcepunca termateriTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPunca radioaktif berbentuk kapsul yang dibuat untuk mengelakkan pelepasan dan penyebaran bahan radioaktif ke alam sekitar. Punca termateri disimpan di dalam perisai seperti plumbum atau uranium tersusut untuk mengawal sinaran yang tidak diperlukan.
finished herbal product specificationspesifikasi produk akhir herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut.
feeder systemsistem penyuapSains KesihatanTiada1. Komponen pada alat untuk pemberian nutrien secara parenteral. 2. Perkakas yang menakung dan menyalur bahan ramuan untuk pembuatan tablet dan pengisian kapsul.
herbal medicinesubat-ubatan herbaHerbaTiadaBahan ubatan yang mencakupi herba, bahan mentah herba, sediaan herba dan produk akhir herba dalam bentuk serbuk atau ekstrak yang diformulasikan sebagai kapsul, pil, tablet, pes, krim, salap dan lain-lain.
12

Kembali ke atas