coral boot | but karang | Perikanan | Tiada | Kasut yang digunakan oleh penyelam skuba untuk aktiviti selam permukaan di kawasan terumbu karang. But karang digunakan untuk mengelakkan kerosakan pada batu karang apabila penyelam terpijak karang. But ini juga digunakan untuk melindungi kaki penyelam supaya tidak tercedera apabila terkena karang yang tajam atau hidupan berbisa. Lihat juga selam permukaan. |
coral mud | lumpur karang | Geologi | Tiada | Timbunan serpihan karang-karang halus di penghujung sebuah cerun benua berhampiran dengan sebuah terumbu karang. |
karang | karang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
coral bleaching | pemutihan karang | Perikanan | Tiada | Perubahan warna karang kepada warna putih, disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pencemaran air, peningkatan suhu laut, perubahan tahap kemasinan air atau gangguan oleh haiwan laut yang dikenali sebagai tapak sulaiman mahkota berduri. Karang hidup secara simbiosis dengan tumbuhan laut seperti alga zooxantela dan polip karang, yang menjadikan karang berwarna-warni. Alga merupakan sumber utama makanan bagi karang melalui proses fotosintesis, dan perubahan yang berlaku pada air laut menyebabkan karang kehilangan sumber makanannya dan berubah menjadi warna putih. |
ahermatypic coral | karang ahermatip | Geologi | Tiada | Karang bukan pembina terumbu; karang yang dapat hidup di dalam air yang sejuk, dalam, dan gelap. |
brancing coral | karang bercabang | Perikanan | Tiada | Jenis karang yang bercabang daripada genus Acropora. Jenis ini dikelaskan sebagai karang keras. |
coral reef | terumbu karang | Perikanan | Tiada | Struktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni. |
reef flat | hamparan terumbu | Perikanan | Tiada | Kawasan terumbu karang yang rata di antara kelompok terumbu karang yang tinggi. Hamparan terumbu biasanya menjadi habitat pelbagai jenis ikan karang. |
acropora | akropora | Perikanan | Tiada | Karang daripada famili Acroporidae yang terdiri daripada pelbagai spesies karang dan kebanyakannya berbentuk cabang. Ruang di antara cabang akropora menjadi tempat persembunyian haiwan invertebrat dan ikan kecil. Akropora banyak terdapat di dasar laut berbatu karang pada kedalaman sehingga 20 meter. |
hermatypic coral | karang hermatip | Geologi | Tiada | Karang pembina terumbu yang dicirikan oleh kehadiran alga simbiosis di dalam tisu endodermanya. |