karas | karas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Aquilaria spp. daripada famili Thymelaeaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kakaras dan tengkaras bagi kayu sihat, dan aloe dan eagle bagi kayu berpenyakit. Gubal kayu dan teras kayu karas sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, akibat kehadiran floem terkandung, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 500 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu karas mudah diproses, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kadangkala kayu ini menghasilkan kayu berpenyakit, yang mengandungi damar dan mengeluarkan bau harum. Kayu karas yang berpenyakit ini juga disebut kayu gaharu. Gaharu biasanya berwarna cioklat tua atau hitam, lebih berat dan lebih keras daripada kayu sihat, dan digunakan sebagai kayu bau-bauan, atau untuk perubatan tradisional. Kayu karas sihat sesuai digunakan dalam pembuatan kotak, sepit makan, tapak kas |
Aquilaria malaccensis | karas | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Thymelaeaceae yang dikenali juga sebagai pokok depu dan kayu gaharu. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Kulit batangnya boleh disiat memanjang, daunnya ringkas, tersusun berpusar dan permukaan atas daunnya berkilat. Bunganya kecil, berwarna hijau pucat dan beraroma. Buahnya berbentuk kapsul bersaiz kecil. Gaharu terbentuk dalam batang pokok yang telah terluka kemudian dijangkiti kulat. Jangkitan ini berwarna perang sehingga menjadi hitam dan mempunyai aroma yang kuat. Gaharu digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, jangkitan saluran pernafasan, demam dan sakit sendi. Minyak patinya digunakan sebagai pewangi dan bahan aromaterapi. |
gaharu | gaharu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lihat karas |