Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat; berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaan­nya); mengaratkan menyebabkan (menjadi) ber­karat; karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat; pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : Kl; mengarat mengangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput atau lapisan berwarna kemerah-merahan yg melekat pd besi dll (kerana terdedah pd udara dan air). berkarat dimakan karat; diselaputi karat: besi ~ berlaku apabila besi yg sudah dimakan karat. mengaratkan menyebabkan atau menjadikan berkarat. pengaratan proses (perbuatan) dimakan karat: ~ berlaku apabila besi berpadu dgn udara lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1 ukuran utk menentukan kadar emas: emas 24 ~ emas tulen (tidak bercampur); emas 20 ~ emas campuran yg terdiri drpd emas tulen 20 bahagian dan campurannya (logam-logam lain) 4 bahagian. 2 ukuran berat utk berlian (intan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karat (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kotoran, tahi, sisa, kerak;,
Kata Terbitan : berkarat, berkarat hati,

Puisi
 

Asap api jauh ke darat,
     Tempat orang menganyam kulit;
Hina besi kerana karat,
     Hina dagang tidak berduit.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flea marketpasar karatPentadbiran PerniagaanTiadaTempat menjual barangan terpakai atau barang-barang antik dengan harga yang murah.
rustkerat; rusta (penyakit)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Karat: Lapisan yang berwarna perang kemerah-merahan pada logam yang terjadi akibat tindakan air dan udara.
surfacerpenyahcalarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk memperbaik kesan calar untuk mengelakkan karat.
finishing sealantkedap penyudahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan kedap yang diletakkan pada bebibir untuk menghalang gegaran dan karat.
German silverperak JermanKesenianHiasan DalamanBesi aloi yang dikenali sebagai perak nikel, hasil campuran tembaga, timah dan nikel. Bahan ini tahan karat dan boleh ditempa atau dilentur.
surface preparationpenyediaan permukaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPembersihan awal yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian tanpa musnah pada permukaan yang tercemar oleh bahan seperti minyak, habuk, air dan karat.
hose clampkapit hosKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang digunakan untuk mengikat hos dengan masukan dan keluaran enjin, teras pemanas, radiator dan pam air. Kapit hos yang biasa adalah kapit yang berkilasan tinggi dengan gear ulir berskru keluli karbon dan jalur keluli tahan karat untuk mengetatkan dan melonggarkan sambungan hos.
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem.

Kembali ke atas