small peptide | peptida kecil | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida. |
fatty acid | asid lemak | Herba | Pemiawaian | Asid karboksilik yang berantai lurus, sama ada tepu atau tidak, terdiri daripada rangkaian kumpulan alkil yang mengandungi 4 hingga 22 atom karbon dan satu kumpulan karboksil, -COOH. Asid ini wujud dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair. Asid lemak tergolong dalam kumpulan lipid, dan kebanyakannya wujud secara semula jadi dalam herba, seperti asid linoleik dan asid palmitik. |
amino acid | asid amino | Herba | Pemiawaian | Sebatian organik yang merupakan unit asas bagi pembentukan protein pada semua organisma hidup termasuk tumbuhan. Sebatian ini mengandungi kumpulan amino (-NH2) yang bersifat bes dan kumpulan karboksil (-COOH) yang bersifat asid. Contohnya, biji dalam buah merunggai (Moringa oleifera) kaya dengan asid amino. |
amino acid | asid amino | Fizik | Nanoteknologi | Kelas sebatian organik ringkas yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen, yang dalam kes tertentu sebatian ini juga mengandungi sulfur. Sebatian ini merupakan blok binaan protein. Sebatian asid amino terdiri daripada kumpulan karboksil (COOH) dan kumpulan amino (NH2) yang melekat pada atom karbon yang sama pada hujung sebatian. Contohnya, asid amino yang terdapat pada haiwan ialah alanina, asid aspartik dan asid glutamik. |
terpene | terpena | Herba | Pemiawaian | Kumpulan sebatian dalam ekstrak herba yang terdiri daripada gandaan isoprena (C5H8). Sebatian terpena boleh dibahagikan kepada hemiterpena, monoterpena, seskuiterpena, diterpena, sesterterpena, triterpena dan tetraterpena. Sebatian terpena boleh mempunyai kumpulan yang berfungsi seperti hidroksil, karbonil dan karboksil. Contoh sebatian terpena ialah zerumbon daripada ekstrak lempoyang (Zingiber zerumbet) dan sitronelal daripada minyak pati serai makan (Cymbopogon citratus). |