Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat se­banyak 0.03% dlm atmosfera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gas tidak berwarna dan tidak berbau yg terhasil drpd pembakaran bahan yg mengandungi karbon, mis arang batu, atau terhasil drpd tindak balas asid terhadap karbonat. Gas ini keluar dr paru-paru ketika kita menghembuskan nafas. Gas ini digunakan dlm alat pemadam api, sbg bahan penyejuk beku dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbon dioksida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biological pumppam biologiSains MarinTiadaProses pemencilan atau pengasingan karbon (karbon dioksida) secara biologi daripada atmosfera ke dalam sistem lautan. Pam biologi merupakan proses utama dalam kitaran karbon global, dan penting dalam pengawal aturan karbon dioksida atmosfera. Pam biologi melibatkan tiga fasa utama, iaitu penetapan karbon oleh organisma autotrof melalui fotosintesis, pengumpulan karbon ke dalam sedimen apabila organisma mati dan seterusnya mineralisasi semula karbon di dalam sedimen untuk digunakan dalam penghasilan primer lautan. Karbon yang tidak dimineralisasi semula, kekal dalam sedimen dan komponen ini penting dalam merendahkan jumlah karbon dioksida di atmosfera.
hypercapniahiperkapniaKejururawatanTiadaKehadiran karbon dioksida yang terlalu tinggi dalam darah. Bagi orang dewasa yang normal, kandungan karbon dioksida ialah 35 hingga 45 mEq/liter.
three-way catalytic converterpenukar bermangkin tiga halaKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida.
carbon footprintcap kaki karbonTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauJumlah gas karbon dioksida dan metana yang dilepaskan ke atmosfera akibat aktiviti individu, organisasi atau komuniti tertentu. Unit piawai cap kaki karbon dinyatakan sebagai kesetaraan karbon dioksida.
carbon dioxide injurykecederaan karbon dioksidaPertanian OrganikTanaman Makanan-
photosynthesis ratekadar fotosintesisBiologiTiadaNisbah antara isi padu karbon dioksida yang diserap dengan isi padu oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis, dalam masa tertentu.
gas exchangepertukaran gasKejururawatanTiadaPenyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida yang berlaku antara alveoli paru-paru dengan kapilari di alveoli.
respiratory alkalosisalkalosis pernafasanKejururawatanTiadaKeadaan yang disebabkan oleh penyingkiran karbon dioksida yang berlebihan akibat hiperventilasi.
hyperventilationhiperventilasiKejururawatanTiadaKadar pernafasan yang terlalu cepat dan mengakibatkan paras karbon dioksida dalam darah menurun.
hypoventilationhipoventilasiKejururawatanTiadaKadar pernafasan yang terlalu perlahan mengakibatkan peningkatan paras karbon dioksida dalam darah.
1234

Kembali ke atas