Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ré.nah] | قرينه

Definisi : (karénah) Ar alamat, bukti, tanda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karenah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manners comedykomedi tingkah lakuKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang mengejek tingkah laku golongan menengah dan kelas atasan. Golongan ini dikatakan canggih dan memberikan tumpuan pada karenah percintaan remaja dan isu yang remeh-temeh. Kesan jenaka dimunculkan melalui dialog yang licik, pertikaman lidah dan sikap kepura-puraan golongan tersebut. Watak yang terlibat dalam drama ini digambarkan sebagai lucu, sinis dan kepura-puraan. Lihat juga drama satir, komedi, komedi satira.
centralismfaham kepusatanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang melibatkan proses membuat dasar atau keputusan sesebuah organisasi yang terletak kepada seseorang individu atau satu badan yang tertinggi kuasanya. Dalam disiplin ilmu politik, fahaman ini merujuk kepada pemusatan kuasa kerajaan secara geografi atau politik. Terdapat kelebihan tertentu dalam fahaman ini, seperti keupayaan membuat keputusan dengan segera, mengurangkan perdebatan, mengelak karenah birokrasi dan membolehkan perancangan rapi serta terarah tanpa melibatkan pihak lain. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti badan pusat sentiasa terdedah kepada sasaran kritikan terhadap kualiti dan dasar perkhidmatan serta meletakkan keseluruhan perkhidmatan di bawah tanggungjawab satu badan sahaja akan menyebabkan keseluruhan perkhidmatan tidak berfungsi apabila salah satu bahagian terganggu. Contohnya, sistem pentadbiran dan ekonomi negara komunis China mengamalkan fahaman ini.
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.

Kembali ke atas