Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karyanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychographypsikografiKesusasteraanTiadaFrasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon.
suspension of disbeliefpenggantungan ketidakpercayaanKesusasteraanTiadaBentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817).
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
ascriptionwarisan berianKesenianTiadaMengenal pasti pengkarya dengan hanya meneliti ciri-ciri karyanya.
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
fantastic poetpenyair fantastisKesusasteraanTiadaPenyair yang mempunyai pandangan atau pendapat di dalam karyanya.
psychoanalytic criticismkritikan psikoanalitikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam m
narratologynaratologiKesusasteraanTiadaTeori analisis atau kajian umum terhadap pelbagai aspek naratif meliputi ciri-ciri asas, bentuk ataupun peranannya secara sistematik. Persoalan tentang plot, tema, sudut pandangan, gaya atau perwatakan ialah unsur yang mendapat perhatian utama dan naratologi. Naratologi merupakan asas kajian tekstual terhadap aspek puitika kesusasteraan. Antara tokoh awal dalam kajian naratologi ialah Aristotle melaui Poetics, Vladimir Propp melalui karyanya Morphology of the Fold Tale (1928), Claude Levi-Strauss melalui karyanya Anthropologie Structurale (1958), Northrop Frye melalui karyanya Anatomy of Criticism (1957) dan Wayne Booth melalui karyanya The Rhetoric of Fiction (1961).
123456

Kembali ke atas