ultimatum | kemuktamadan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua. |
ultimatum | kata dua | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat kemuktamadan. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba. |
identical rhyme | rima kembar | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin. |
feminine rhyme | rima feminin | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan yang tidak diberikan tekanan dalam sebut. Contohnya: Com/ing,go/ing. Lihat juga rima kembar. |
password rule | peraturan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peraturan dalam bentuk arahan mengenai panjang, susunan, gabungan, dan pilihan aksara yang akan digunakan dalam kata laluan. Contohnya, setiap kata laluan mesti sekurang-kurangnya mengandungi 8 aksara yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua nombor dan dua aksara khas. Pelaksanaan dasar kata laluan agar pengguna tidak memilih kata laluan yang mudah diteka. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh sistem pengendalian komputer yang ingin dicapai. |
double rhyme | rima dwisuku | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terdapat pada sesuatu perkataan yang terdiri daripada dua suku kata. Penekanan hanya diberi pada suku kata pertama sahaja. Contohnya, Pisang embun masak merekah, Dituris dengan pisau raut; Kalau abang pergi ke Makkah, Dua kali menyeberang laut. |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. |