Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg telah disetujui; persetujuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Sesat di hujung jalan,
     balik ke pangkal.

Bermaksud :

Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
common consentpersetujuan umumPentadbiranPentadbiran Awam

Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang.

memorandum of understanding (MOU)memorandum persefahamanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu perjanjian atau persetujuan yang dicapai oleh dua atau lebih pihak yang berbincang untuk mencapai objektif atau tujuan yang sama demi kebaikan kedua-dua belah pihak atau pelbagai pihak yang terlibat. Biasanya bentuk perjanjian atau persetujuan atau persefahaman ini didokumentasikan untuk tujuan rujukan. MOU bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian kata sepakat dalam bidang perniagaan tetapi juga lain-lain bidang, misalnya perjanjian damai antara negara, penambahbaikan bidang akademik atau pendidikan dan sebagainya.

Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Kembali ke atas