Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta.log] | کاتالوݢ

Definisi : 1. butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan; mengkatalogkan 1. menyenaraikan mak­lumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan kata­log barangan yg berkenaan; 2. membuat klasi­fikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; pengkatalog orang yg mengkatalogkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta.log] | کاتالوݢ

Definisi : senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
katalog (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan senarai, butiran, perincian, catatan, klasifikasi, daftar nama, faharasat.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catalogue versepuisi katalogKesusasteraanTiadaPuisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat.
trade discountdiskaun perdaganganEkonomiTiadaPotongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari.
Preferred Products List (PPL)Senarai Produk PilihanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSenarai peralatan komersial yang telah mencapai piawaian Tempest dan keperluan lain yang digariskan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat. Senarai ini diterbitkan dalam Katalog Produk dan Perkhidmatan Keselamatan Sistem Maklumat yang juga diterbitkan oleh NSA.

Kembali ke atas