paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Puisi | Karangan yang telah ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asalnya. Ia bertujuan untuk menjelaskan lagi karangan asalnya. Dalam puisi boleh ditulis semula menjadi parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk prosa. |
paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu. |
proverb | bidalan | Kesusasteraan | Puisi | Pepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. |
minimalism | minimalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan. |
canon of poetry | piawai nilai puisi | Kesusasteraan | Puisi | Peraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. |
invented words | kata cipta | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang dicipta oleh pengarang, yang bercanggah dengan konvensi bahasa. Ciptaan perkataan sedemikian menjadikan dunia rekaan pengarang lebih meyakinkan selagi butir-butir perkataannya munasabah. Dalam novel bertajuk A Clockwork Orange, Anthony Burgess mencipta sejenis perkataan (bahasa ungkapan) untuk watak remaja yang kejam. Dalam novel ini, bahasa ciptaan Anthony disebut �Nadsort� dan perbendaharaan katanya hanya mengandungi 250 perkataan. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi Arab yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu. Ia mempunyai empat baris bersajak berpasangan. Isinya ialah untuk melahirkan perasaan kasih sayang dan pemujaan terhadap orang Temama, memuja semangat kepahlawanan dan ada juga berunsur falsafah atau fikiran yang mengandungi pengajaran. Setakat mi yang ada hanyalah bentuk masnawi yang diterjemahkan atau yang dipetik secara langsung. Contohnya, Umar yang adil dengan perinya, Nyatalah pun adil sama sendirinya Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat yang benar dan sungguh. Dengan bedah antara isi alam. Ialah yang besar pada siang malam. Lagipun yang menjauhkan segala syiar. Imamulhak di dalam padang Mahsyar, Barang yang hak taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |