catharsis | katarsis | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian perasaan akibat ketakutan, ngeri, kasihan dan simpati yang dirasai oleh para penonton semasa menonton drama tragedi, yang akhirnya membawa kepada kelegaan emosinya. Situasi ini dikemukakan oleh Aristotle dalam karyanya The Poetics. Peleraian perasaan juga berlaku sewaktu penonton mendengar atau membaca karya sastera yang meruntun perasaan seperti dalam karya lipur lara. |
catharsislkatharsis | katarsis | Kesusasteraan | Puisi | Lilat jelira seni. |
affective criticism | kritikan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengukur keberkesanan karya sastera berdasarkan emosi pembaca yang dirangsangkan oleh karya tersebut. Contohnya, dalam teori katarsis yang diperkenalkan oleh Aristotle, penonton drama tragedi akan bersama-sama mengalami emosi yang dialami oleh watak utama. Sesetengah teori mempersoalkan kritikan ini kerana dikatakan bersifat subjektif dan dianggap menimbulkan andaian yang tidak tepat atau kekeliruan afektif. Lihat juga kekeliruan afektif. |
catharsis/katharsis | jelira seni | Kesusasteraan | Puisi | Pembersihan atau kelegaan emosi setelah mengalami ketegangan dan pertentangan jiwa yang hebat kesan daripada membaca sesebuah puisi. Sinonim katarsis. |
tragedy | tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene O�Neill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan. |