category | kategori | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan sesuatu bentuk puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam, ruba'i dan sajak. |
road category | kategori jalan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
ecrivain | ecrivain | Kesusasteraan | Tiada | Kategori penulis sastera yang membezakan antara isi dengan bentuk. Manurut Roland Barthes, penulis ecrivain menyampaikan mesej dengan berfokus dan jelas tanpa mengutamakan seni bahasa dan teknik penyampaian. Banding ecrivant. |
ecrivant | ecrivant | Kesusasteraan | Tiada | Kategori penulis sastera yang mementingkan mesej dan teknik penyampaian yang saling berkaitan. Idea ini dikemukakan oleh Roland Barthers. Banding ecrivain. |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
elite | elit | Sukan | Lumba Basikal | Kategori pelumba yang berumur 23 tahun dan ke atas bagi lelaki, dan 19 tahun dan ke atas bagi wanita. Bagi pelumba daripada pasukan tajaan,mereka akan dikategorikan sebagai elit walaupun berumur antara 19-23 tahun. |
warez | warez | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori kod atau perisian yang mempunyai hak cipta yang dihasilkan oleh kumpulan pengguna tetapi melanggar akta hak cipta. Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan - ke- rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna Internet dan media massa. Contoh fail warez yang biasa diperoleh ialah kod tampung, kod rengkahan atau perisian penjana kekunci. |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Jenis atau kategori penggolongan hasil kesusasteraan mengikut bentuk atau teknik atau pokok persoalan. |
master | dewasa matang | Sukan | Lumba Basikal | Kategori pelumba yang berumur 30 tahun dan ke atas. |